awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Mexico City lukis semula mural sokongan penduduk Palestin

Agensi
Agensi
28/07/2025
01:20 MYT
Penduduk Mexico City lukis semula mural sokongan penduduk Palestin
Sekumpulan penduduk Mexico City berhimpun di pusat bandar pada Ahad untuk melukis semula mural tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang berada di bawah kepungan Israel. - Gambar Reuters
MEXICO CITY: Sekumpulan penduduk Mexico City berhimpun di pusat bandar pada Ahad untuk melukis semula mural tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang berada di bawah tawanan Israel.
Menurut aktivis, mural yang terletak di pagar logam yang melindungi monumen Presiden Juarez Hemicycle itu telah dilukis semula sebanyak lapan atau sembilan kali sejak serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza bermula pada Oktober 2023.
Ahli Platform Antarabangsa untuk Solidariti dengan Perjuangan Palestin, Alma Alvarado, yang turut serta dalam aktiviti tersebut berkata, rakyat Palestin sedang menghadapi situasi yang amat menyayat hati.
“Rakyat Palestin secara literalnya sedang mati kelaparan,” katanya.
Kenyataan itu dibuat seminggu selepas kumpulan bantuan melaporkan kebuluran besar-besaran dalam kalangan 2.2 juta penduduk Gaza, sekali gus meningkatkan kebimbangan antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan di wilayah tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 1,000 orang terbunuh ketika cuba mendapatkan bekalan makanan, kebanyakannya berhampiran lokasi pengagihan yang dikawal ketat oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), sebuah kumpulan bantuan swasta baharu yang menggunakan firma logistik Amerika Syarikat berasaskan keuntungan yang dikendalikan oleh bekas pegawai CIA dan veteran tentera Amerika.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan puluhan kematian akibat kekurangan zat makanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk enam kematian baharu dalam tempoh 24 jam lalu yang mana jumlah keseluruhan kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan sejak perang Israel ke atas Gaza bermula kini mencecah 133 orang, termasuk 87 kanak-kanak.
Israel kini berdepan kritikan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung krisis kemanusiaan di Gaza, namun kerajaan negara itu menolak kritikan tersebut.
Topic Berkaitan
#krisis kemanusiaan
#Mexico
#PBB
#Gaza
#Mural
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan