awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Palestin berkumpul di pengebumian isteri, anak-anak wartawan Al Jazeera

Agensi
Agensi
27/10/2023
09:19 MYT
Penduduk Palestin berkumpul di pengebumian isteri, anak-anak wartawan Al Jazeera
Orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir serta menunaikan solat jenazah. - REUTERS
GAZA: Penduduk Palestin berkumpul untuk bersama-sama dalam pengebumian isteri dan dua anak wartawan Al Jazeera Wael al-Dahdouh yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada Rabu lalu.
Memetik Reuters, orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir serta menunaikan solat jenazah.
Semalam, seorang wartawan agensi berita Al Jazeera tidak dapat menahan sebak selepas semua ahli keluarganya terbunuh dalam serangan Israel ke atas kem pelarian di Gaza.
Al Jazeera dalam satu kenyataan berkata, isteri, anak perempuan dan anak lelaki wartawan, Wael Al-Dahdouh terbunuh selepas Israel membedil kem pelarian Nuseirat di Gaza.
Ketiga-tiga ahli keluarga Dahdouh diserang oleh tentera Israel ketika mereka sedang berlindung di kem pelarian sementara selepas diarahkan oleh rejim itu untuk segera meninggalkan kediaman mereka.
Kedukaan Dahdouh bertambah kerana berita diterima ketika beliau sedang bertugas - membuat liputan mengenai serangan terbaharu udara Israel di Semenanjung Gaza.
Dua anak Dahdouh yang maut dalam serangan Israeli itu ialah Mahmoud yang sedang belajar di sekolah menengah dan anak perempuan beliau, Sham yang berusia tujuh tahun.
Selain dua anak dan isteri yang terbunuh, beberapa ahli keluarga Dahdouh yang lain juga dilaporkan masih hilang.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Wael al-Dahdouh
#Gaza
#Israel
#kem pelarian Nuseirat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan