Skip to main content

Dunia

Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau

People visit the Grand Bazaar, ahead of the Iranian New Year, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 18, 2026. REUTERS/Alaa Al Marjani
Di sebalik ketegangan yang berterusan, pengunjung memenuhi pasar itu untuk membeli pakaian, kacang kering, hadiah dan barangan perhiasan yang lazim dikaitkan dengan sambutan berkenaan. - Foto Reuters

TEHRAN: Penduduk Tehran membanjiri Bazar Tajrish di bahagian utara bandar raya itu untuk berbelanja bagi membuat persiapan menjelang sambutan Nowruz dan Hari Raya Aidilfitri, sekali gus menyebabkan kesesakan di satu daripada pasar paling sibuk di ibu negara Iran itu pada Khamis (19 Mac), lapor Anadolu Ajansi.

Persiapan bagi kedua-dua perayaan itu diteruskan apabila Nowruz, yang menandakan Tahun Baharu Parsi dan ketibaan musim bunga mengikut kalendar "Solar Hijri" yang bertembung dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Advertisement

Di sebalik ketegangan yang berterusan, pengunjung memenuhi pasar itu untuk membeli pakaian, kacang kering, hadiah dan barangan perhiasan yang lazim dikaitkan dengan sambutan berkenaan.

Ramai penduduk turut dilihat membeli barangan untuk meja simbolik “Haft Sin” dan melambangkan kepentingan spiritual serta budaya Nowruz.

Ikan emas, yang dianggap sebahagian daripada hiasan tradisional Haft Sin, dijual secara meluas di pasar itu, dengan ramai orang menganggapnya sebagai simbol tuah.

Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan solat sunat, jamuan dan perhimpunan sosial sebagai tanda berakhirnya Ramadan. 

Ia disambut secara meluas di pelbagai negara, khususnya di Asia Tengah, Asia Barat dan sebahagian wilayah Caucasus.

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video