Orang awam di Timbuktu bertindak menyerang dan menyerbu kedai-kedai dan bangunan yang ada kaitan dengan gerakan Al Qaeda.

Mereka berbuat demikian bagi melepaskan rasa marah dan balas dendam terhadap kumpulan berkenaan.

Tentera Mali yang bertugas dilapor sukar mengawal kemarahan dan pergerakan penduduk.

Ini kerana orang ramai terus melepaskan kemarahan dengan merampas pelbagai barangan selepas memecah masuk setiap premis yang dipercayai ada kaitan dengan Al-Qaeda.

Mereka sebelum ini mengalami trauma ketika kawasan berkenaan dikuasai kumpulan pelampau Islam.

Malah kebanyakan mereka rasa terseksa dengan mendakwa menjadi mangsa keganasan polis.

Antaranya ialah Azahara yang dipukul dengan cemeti hanya kerana berbual dengan lelaki bukan muhrim.

Dalam pada itu, ada juga yang berang dipotong tangan selepas didapati menyokong tentera kerajaan.

Tentera Perancis berjaya menawan semula Timbuktu selepas melancarkan operasi gempur dengan kekuatan seribu anggota.

Operasi bermula di lapangan terbang, sebelum berjaya menyusup masuk ke bandar.

Tentera juga mendakwa, berjaya menawannya dengan mudah, tanpa serangan balas pemberontak.