awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penebangan hutan Amazon tinggi pada suku pertama tahun ini

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2022
23:45 MYT
Penebangan hutan Amazon tinggi pada suku pertama tahun ini
Penebangan hutan secara besar-besaran dapat dilihat di Apui, bandar yang terletak di sepanjang Lebuhraya Trans-Amazonian, selatan Amazon, Brazil, 24 Ogos 2020. (Foto AP/World Press Photo)
PENEBANGAN hutan di Amazon, Brazil menurun 15 peratus pada Mac, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Agensi Penyelidikan Angkasa Lepas Brazil.
Walaupun dengan penurunan itu, ia sudah cukup untuk membawa kemusnahan paling banyak pada suku pertama, dalam sekurang-kurangnya enam tahun.
Dari Januari hingga Mac, penebangan hutan Amazon Brazil meningkat 64 peratus daripada setahun lalu, kepada 941 kilometer persegi.
Keluasan kawasan hutan itu adalah lebih besar daripada bandar raya New York.
Ia merupakan kawasan hutan yang paling banyak musnah sejak kutipan siri data bermula pada 2015/2016.
Kemusnahan hutan hujan terbesar di dunia telah meningkat sejak Presiden Jair Bolsonaro memegang jawatan pada 2019 serta lemahnya perlindungan alam sekitar.
Bolsonaro memberi alasan ia menghalang pembangunan ekonomi yang boleh mengurangkan kemiskinan di rantau Amazon.
Sesetengah saintis meramalkan penebangan hutan akan terus meningkat menjelang pilihan raya presiden Brazil pada Oktober kerana ia berlaku menjelang tiga pilihan raya lalu.
Penguatkuasaan alam sekitar biasanya menjadi lemah dalam tahun pilihan raya dan penjenayah mungkin tergesa-gesa untuk menebang hutan sebelum kerajaan baharu mengambil alih jawatan.
Topic Berkaitan
#Brazil
#penebangan hutan
#Amazon
#hutan hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan