awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penembak bunuh lebih 20 orang di Texas mengaku bersalah

Bernama
Bernama
22/04/2025
09:05 MYT
Penembak bunuh lebih 20 orang di Texas mengaku bersalah
Crusius telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sebanyak 90 kali pada Julai 2023 selepas mengaku bersalah atas kesalahan jenayah kebencian dan kesalahan berkaitan senjata. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Patrick Crusius dari Amerika Syarikat, yang didakwa melepaskan tembakan di sebuah pasar raya Walmart di Texas pada 2019 sehingga mengorbankan 23 orang, mengaku bersalah atas tuduhan bunuh kerana jenayah berat selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak menuntut hukuman mati, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Crusius telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sebanyak 90 kali pada Julai 2023 selepas mengaku bersalah atas kesalahan jenayah kebencian dan kesalahan berkaitan senjata.
Keputusan untuk menggugurkan tuntutan hukuman mati terhadap Crusius dibuat berdasarkan kehendak majoriti waris mangsa yang mahu kes itu ditutup, menurut laporan NBC News pada Isnin yang memetik Pendakwa Daerah El Paso County, James Montoya.
Pada pagi 3 Ogos 2019, Crusius melepaskan tembakan di pasar raya Walmart di El Paso, berhampiran sempadan Mexico. Suspek ditahan dan disyaki melakukan jenayah kebencian memandangkan warga Mexico antara mangsa yang terkorban. Insiden itu mengakibatkan 23 orang maut dan lebih 20 lagi cedera. Crusius mengakui bahawa dia sengaja menyasarkan warga Mexico.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Patrick Crusius
#tembakan rambang
#Amerika Syarikat
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan