awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan di Lapangan Terbang Munich tergendala akibat salji lebat

Bernama
Bernama
02/12/2023
13:12 MYT
Penerbangan di Lapangan Terbang Munich tergendala akibat salji lebat
Menurut Perkhidmatan Cuaca Jerman, salji lebat dijangka berterusan di bahagian selatan dan tenggara sehingga petang. - Foto AP Newsroom
MUNICH: Penutupan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Munich dilanjutkan sehingga 6 pagi (0500 GMT) pada Ahad akibat salji lebat, kata jurucakap lapangan terbang itu pada Sabtu.
Sebelum ini, operasi lapangan terbang itu dihentikan sehingga tengah hari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jurucakap itu berkata penumpang disarankan untuk memeriksa status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan masing-masing.
Seorang jurucakap Lufthansa berkata penutupan trafik udara di Munich akan memberi impak kepada lapangan terbang lain.
Perkhidmatan kereta api turut terjejas terutama di sekitar Munich apabila landasan tersekat akibat pokok tumbang.
Operasi kereta api bawah tanah, bas dan trem di Bavaria turut tergendala.
Jurucakap perkhidmatan kereta api berkata gangguan di selatan Jerman dijangka berterusan sehingga Isnin.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Jerman, salji lebat dijangka berterusan di bahagian selatan dan tenggara sehingga petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Munich
#penerbangan tergendala
#Lufthansa
#salji lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan