Skip to main content

Dunia

Penerbangan dihentikan di Itali akibat debu gunung berapi

[TB]_Mount Etna Italy_REUTERS
Susulan perkembangan aktiviti Gunung Berapi Etna, semua pelepasan dan pendaratan berhampiran bandar Sicily dibatalkan sehingga petang Selasa. - GAmbar fail/Reuters
Advertisement

CATANIA: Lapangan terbang Catania di Sicily, Itali ditutup kerana awan abu daripada Gunung Etna, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa.

Semua pelepasan dan pendaratan berhampiran bandar itu dibatalkan sehingga petang Selasa, tambah pihak berkuasa.

Berpuluh penerbangan terjejas sejak Isnin, termasuk banyak penerbangan antarabangsa.

Gunung berapi paling aktif di Eropah itu mengeluarkan abu sejak Ahad.

Awan abu menjulang hingga empat kilometer ke langit, menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV). 

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement