awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan Pelita Air Indonesia tergendala akibat jenaka mengenai bom

Bernama
Bernama
06/12/2023
14:23 MYT
Penerbangan Pelita Air Indonesia tergendala akibat jenaka mengenai bom
Penerbangan Pelita Air IP 205 dari Surabaya ke Jakarta pada 1.20 tengah hari waktu tempatan pada Rabu tertunda berikutan seorang penumpang membuat jenaka berkaitan bom. - Gambar fail/FB Pelita Air
JAKARTA: Penerbangan Pelita Air IP 205 dari Surabaya ke Jakarta pada 1.20 tengah hari waktu tempatan pada Rabu tertunda berikutan seorang penumpang membuat jenaka berkaitan bom.
Pihak berkuasa lapangan terbang mengarahkan pesawat itu bergerak ke kawasan parkir terpencil untuk pemeriksaan menyeluruh oleh anggota keselamatan bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda.
Dalam satu kenyataan, Pelita Air berkata jenaka ancaman bom itu dibuat oleh seorang penumpang bernama Surya Hadi Wijaya, di tempat duduk 14A, semasa pesawat itu mula bergerak ke landasan terbang.
"Protokol keselamatan dipatuhi dengan teliti, dengan pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas pesawat, penumpang, bagasi, dan barang-barang lain, yang kemudiannya disahkan selamat," katanya.
Penumpang yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat palsu yang membahayakan keselamatan penerbangan akan berhadapan tindakan undang-undang dan boleh dihukum penjara satu tahun.
Penerbangan IP 205 itu kemudiannya berlepas ke Jakarta pada 6 petang tanpa penumpang yang terlibat itu yang ditahan oleh pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penerbangan Pelita Air
#IP 205
#tergendala
#jenaka bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan