Skip to main content

Dunia

Pengarah Muzium Louvre letak jawatan susulan kes kecurian terbesar abad ini

Louvre museum chief Laurence des Cars attends a hearing at the Palais Bourbon in Paris, on November 19, 2025. Stephane Lemouton/Sipa via AP
Laurence des Cars, menghadiri sesi pendengaran di Palais Bourbon di Paris pada 19 November 2025. - Gambar fail AP

PARIS: Pengarah Muzium Louvre, Laurence des Cars mengumumkan peletakkan jawatannya pada Selasa berikutan insiden kecurian besar-besaran tahun lalu yang digelar sebagai “heist of the century”, melibatkan kehilangan permata mahkota bernilai 88 juta euro (AS$100 juta).

Dalam satu kenyataan, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata, beliau menerima perletakan jawatan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan penuh tanggungjawab pada saat muzium terbesar dunia itu memerlukan kestabilan serta hala tuju baharu.

Advertisement

Menurut Pejabat Presiden, Macron turut mengucapkan terima kasih kepada des Cars atas khidmat dan komitmennya, serta mengiktiraf kepakaran akademiknya. 

Beliau akan ditugaskan untuk mengetuai sebuah misi di bawah kepresidenan G7 Perancis, khususnya dalam bidang kerjasama antara muzium-muzium utama negara peserta.

Des Cars sebelum ini pernah menawarkan untuk meletak jawatan kepada Menteri Kebudayaan Rachida Dati sejurus kejadian rompakan di Galeri Apollo, namun tawaran itu ditolak pada ketika itu. 

Beliau kemudian mengakui bahawa infrastruktur teknikal pengawasan yang “sangat usang dan tidak memadai” menjadi faktor kritikal kegagalan keselamatan.

Pada 2024, Muzium Louvre menerima 8.7 juta pengunjung, dengan pelancong Amerika Syarikat menjadi kumpulan asing terbesar selepas pengunjung tempatan.

Institusi berusia lebih dua abad itu turut berdepan tekanan apabila kakitangannya melancarkan mogok tahun lalu, memprotes keadaan kerja yang tidak kondusif, kekurangan tenaga kerja dan kehadiran pengunjung yang melampau.

Dilantik pada September 2021, Laurence des Cars mencatat sejarah sebagai wanita pertama mengetuai Muzium Louvre sejak penubuhannya 230 tahun lalu. - Agensi

Must Watch Video