awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal sempadan Ukraine sahkan peningkatan aspek ketenteraan di sempadan Belarus

Bernama
Bernama
01/07/2024
21:15 MYT
Pengawal sempadan Ukraine sahkan peningkatan aspek ketenteraan di sempadan Belarus
Keadaan di sempadan adalah tegang dan semakin buruk hari demi hari. - Foto fail/AP
MOSCOW: Ukraine sedang memperkuat sempadannya dengan Belarus, baik dari segi kubu pertahanan mahupun pengumpulan kekuatan ketenteraan, kata jurucakap pengawal sempadan Ukraine Andriy Demchenko pada Isnin, lapor Sputnik.
"Kami terus meningkatkannya (sempadan Ukraine-Belarus) baik dari segi kejuruteraan dan dari segi penempatan bilangan tentera dan peralatan yang diperlukan di sana untuk mencegah sebarang aktiviti yang mungkin datang dari Belarus," kata Demchenko di televisyen Ukraine.
Pengawal sempadan Ukraine melihat Belarus sebagai ancaman, kata jurucakap itu.
Minggu lepas, Timbalan Ketua Ideologi dengan Perintah Operasi Khas Tentera Belarus, Kolonel Vadim Lukashevich berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa Ukraine sedang mengumpulkan tentera dan peralatan ketenteraan di sempadan bersama mereka.
Timbalan Menteri Pertahanan Pertama Belarus, Pavel Muraveiko berkata minggu lepas bahawa keadaan di sempadan adalah tegang dan semakin buruk hari demi hari.
Pada 10 Jun, Menteri Pertahanan Belarus, Viktor Khrenin berkata, Minsk tidak mempunyai tujuan untuk menimbulkan ketegangan dalam isu keselamatan serantau, sambil menambah bahawa ia tidak mencipta ancaman ketenteraan terhadap negara ketiga atau menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa pun.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#pengawal sempadan
#konflik Ukraine-Belarus
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan