awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengebumian pertama diadakan untuk mangsa nahas pesawat Jeju Air

Bernama
Bernama
02/01/2025
05:15 MYT
Pengebumian pertama diadakan untuk mangsa nahas pesawat Jeju Air
Mangsa pertama yang dikebumikan yang identitinya dirahsiakan, berlangsung di sebuah rumah mayat di Gwangju, kira-kira 270 kilometer ke selatan Seoul. - Gambar/ Reuters
GWANGJU (Korea Selatan): Pengebumian pertama bagi mangsa nahas pesawat Jeju Air diadakan pada Khamis, lima hari selepas tragedi di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya Korea Selatan yang meragut nyawa 179 orang, lapor Agensi Berita Yonhap.
Mangsa pertama yang dikebumikan yang identitinya dirahsiakan, berlangsung di sebuah rumah mayat di Gwangju, kira-kira 270 kilometer ke selatan Seoul, pada pagi Khamis selepas mayatnya yang ditemukan dalam keadaan baik diserahkan kepada keluarga pada Isnin.
Pada petang Khamis, upacara pengebumian seorang mangsa warga Thailand berusia 45 tahun yang menaiki pesawat malang itu selepas melawat kampung halaman, juga akan diadakan.
Setakat ini, mayat 21 mangsa termasuk dua yang disebutkan, telah diserahkan kepada keluarga mereka dan urusan pengebumian sedang dijalankan untuk sembilan daripadanya.
Pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap langkah-langkah pemulihan bencana berkata pada Rabu bahawa identiti semua mangsa yang terkorban telah disahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jeju Air
#nahas pesawat
#majlis pengebumian
#punca kejadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan