PIHAK berkuasa kesihatan New Zealand akan menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap mereka yang dikategorikan sebagai kontak rapat dengan pengembara yang disahkan positif selepas tiba dari Korea Selatan minggu lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Chris Hipkins, pihak berkuasa Korea Selatan juga telah dimaklumkan perkara ini dan meminta mereka melakukan ujian saringan kedua terhadap penumpang yang disahkan positif COVID-19 dari negara itu sebelum memasuki New Zealand.

Berdasarkan siasatan awal, kementerian tersebut mendapati pengembara dari Korea Selatan yang disahkan positif dijangkiti ketika proses transit di Singapura.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Jacinda Ardern memberi jaminan keadaan terkawal dan pihaknya akan mengesan mereka yang dijangkiti.

“Kita mendapati ujian positif sebelum ini adalah tidak benar dan kami juga sudah mengenal pasti mereka yang pulang ke negara ini sebelum ini menetap beberapa bulan di Amerika Syarikat sehingga pertengahan bulan Mac.

"Kita juga mendapati beberapa kes di mana mereka yang dijangkiti COVID sebelum ini dan masih menunjukkan simptom. Jadi, terdapat beberapa penjelasan di sini, tetapi semua langkah berjaga-jaga sudah dilakukan,” jelasnya.