awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali laman berita Facebook ditembak, mayat dibuang tepi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2025
01:45 MYT
Pengendali laman berita Facebook ditembak, mayat dibuang tepi jalan
Mangsa, Iran Villarreal Belmont. - Foto Sinar Harian/Agensi
CELAYA: Seorang peguam yang mengendalikan laman berita Facebook tempatan di salah sebuah negeri paling ganas di Mexico ditemui mati pada Jumaat, menurut kenyataan pihak pendakwa di negeri Guanajuato.
Mangsa, Iran Villarreal Belmont, pernah bertanding sebagai ahli majlis perbandaran bagi parti berhaluan tengah Movimiento Ciudadano di bandar San Luis de la Paz tahun lalu.
Menurut sumber polis, beliau dilaporkan hilang sejak Khamis selepas sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai menculiknya dari sebuah pejabat. Mayatnya ditemui di tepi jalan pada pagi Jumaat dengan kesan tembakan.
Dalam satu kenyataan, pihak pendakwa negeri menyatakan bahawa kes kematiannya diklasifikasikan sebagai jenayah terhadap kebebasan bersuara.
Villarreal mengendalikan sebuah laman Facebook bernama "Observatorio Ciudadano" bermaksud 'Pemerhati Warga', yang mempunyai kira-kira 8,400 pengikut dan menyiarkan berita mengenai bandar tempat tinggalnya.
Beliau terkenal kerana sering mengkritik Datuk Bandar, Ruben Urias, yang merupakan ahli parti konservatif National Action Party.
Parti Movimiento Ciudadano turut mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkuasa negeri menyiasat kemungkinan kaitan antara pembunuhan Villarreal dan kerjanya sebagai wartawan sebagai keutamaan dalam siasatan.
Guanajuato merupakan sebuah hab industri yang pesat membangun serta menjadi lokasi beberapa destinasi pelancongan popular. Namun, ia juga dianggap sebagai negeri paling ganas di Mexico berdasarkan statistik rasmi kadar pembunuhan.
Keganasan di Guanajuato berpunca daripada konflik berterusan antara kumpulan geng tempatan Santa Rosa de Lima dan kartel Jalisco New Generation, salah satu sindiket jenayah paling berkuasa di Mexico.
Menurut data rasmi, keganasan berkaitan dadah telah mengorbankan lebih daripada 480,000 nyawa di Mexico sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk membanteras penyeludupan dadah pada 2006. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pengendali laman berita
#tembak
#Iran Villarreal Belmont
#culik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan