PADA peranti Android yang saya gunakan, tetapan Google Play Store untuk pembayaran yang saya gunakan adalah yang sentiasa meminta kata laluan.

Terbaharu, Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.

Untuk pengguna Android, sistem biometri yang disokong adalah imbasan cap jari dan untuk imbasan wajah hanya terhad kepada beberapa peranti Android sahaja.

Pengguna masih diberikan pilihan untuk memilih permintaan pengesahan berlaku sentiasa, setiap 30 minit atau juga tidak perlu.

Besar kemungkinan perubahan pada Play Store ini adalah sebahagian daripada strategi Google untuk kehidupan bebas kata laluan dan hanya bergantung kepada konsep tiada kata laluan atau Passkey. -Amanz