awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa

Bernama
Bernama
30/04/2024
21:00 MYT
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Prakash berkata terdapat juga pemilik PPR yang dikesan menyewakan rumah mereka kepada warga asing kerana golongan itu sanggup membayar sewa yang tinggi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan pada Selasa meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Pengerusinya Prakash P. Kalivanan berkata akta tersebut diperlukan berikutan pelbagai isu timbul akibat ketiadaan peraturan yang jelas dan saluran undang-undang yang efisien seperti tribunal untuk menyelesaikan pertikaian yang dihadapi pihak berkenaan.
"Antara kes yang seringkali berlaku adalah keengganan pemilik kediaman untuk memulangkan wang deposit, menaikkan kadar sewaan dalam tempoh kontrak dan menamatkan tempoh sewaan sesuka hati.
"Manakala, penyewa pula gagal membayar kadar sewa yang ditetapkan serta mengubah suai rumah tanpa kebenaran pemilik rumah. Jika ada akta yang khusus, maka kekeliruan dalam kalangan pemilik rumah dan penyewa dapat diselesaikan secara damai tanpa menelan kos tinggi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Selain itu, beliau mencadangkan agar akta khusus bagi mengawal selia sewaan kediaman tempoh singkat seperti inap desa, juga diwujudkan agar kerajaan mempunyai peraturan jelas mengenai sewaan tempoh singkat dan mempunyai pendaftaran serta pelesenan yang sah bagi pemilik kediaman menyediakan perkhidmatan.
Prakash berkata terdapat juga pemilik Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dikesan menyewakan rumah mereka kepada warga asing kerana golongan itu sanggup membayar sewa yang tinggi.
"Rumah tersebut kemudiannya diisi seberapa ramai yang mungkin hingga mewujudkan suasana tidak kondusif, berlaku kerosakan rumah, kerosakan lif serta masalah sosial di sekitar kawasan perumahan tersebut," katanya.
Sehubungan itu, beliau juga memohon supaya kerajaan bertindak proaktif dengan membuat peraturan atau ketetapan bagi rumah yang dibina menggunakan subsidi kerajaan tidak dibenarkan untuk disewa semula kepada mana-mana pihak kerana ia menyalahi dasar penjualan bersubsidi yang tujuan asalnya untuk membolehkan golongan B40 memiliki rumah.
Sebelum ini, hak penyewa dan pemilik kediaman dilindungi melalui Akta Kontrak 1950 yang bersifat umum dan tidak komprehensif.
Rang Undang-Undang Sewaan Kediaman bagi melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
Akta Sewaan Kediaman itu dilaporkan bakal memberikan perlindungan lebih menyeluruh kepada penyewa dan pemilik kediaman serta tidak perlu lagi melalui prosedur mahkamah yang panjang dan rumit untuk menyelesaikan pertikaian antara penyewa dan pemilik kediaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang
#prosedur mahkamah
#golongan B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan