awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengetua madrasah rogol pelajar, dakwa dirasuk syaitan

Agensi
Agensi
06/07/2019
04:53 MYT
Pengetua madrasah rogol pelajar, dakwa dirasuk syaitan
Polis Bangladesh menahan seorang pengetua madrasah atas tuduhan memperkosa beberapa orang pelajarnya dalam kejadian di Dhaka. Gambar fail
Polis Bangladesh menahan seorang pengetua madrasah atas tuduhan memperkosa beberapa orang pelajarnya sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di Dhaka.
Kejadian jijik itu berlaku di sebuah madrasah yang terletak di pinggir bandar Dhaka yang dimiliki pengetua itu sendiri.
Memetik laporan protal AFP pada Sabtu, lelaki berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas perbuatannya dan mendakwa kejadian berlaku semasa dia dirasuk syaitan.
Tangkapan suspek itu bertitik tolak daripada aduan daripada seorang ibu tentang dakwaan anaknya yang berusia 10 tahun.
Sewaktu di rumah, wanita itu dan anaknya sedang menonton sebuah program mengenai isu serangan seksual di televisyen. Apabila anaknya memberitahu dirinya juga diperlakukan hal yang sama oleh suspek, wanita itu terkejut dan berang.
“Ibu mangsa datang membuat laporan di balai polis berkenaan kejadian yang menimpa anaknya. Kami kemudian menahan suspek,” kata Kolonel Kazi Samser Uddin.
Lelaki berkenaan kemudiannya mengaku perbuatannya dan memaksa pelajarnya yang masih bawah umur melakukan hubungan intim bersama.
“Kami mendapati bahawa suspek memperkosa dan mencabul sekitar 12 orang pelajar perempuan di madrasah itu,” tambah Uddin.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#madrasah
#pelajar
#seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan