MANUSIA dan telefon bimbit, kini menjadi dua perkara yang sukar untuk dipisahkan.
Pastinya pengguna tegar telefon bimbit pernah mengalami situasi — gara-gara terlalu asyik menghadap skrin telefon bimbit sambil berjalan, hingga terlanggar atau bertembung dengan orang lain.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan, sebanyak 75 peratus warga British menyatakan rasa bersalah kerana sering berjalan sambil menggunakan telefon bimbit mereka, lapor portal berita Mirror.
Bagi mengatasi masalah itu, laluan khas dua hala bagi pengguna telefon bimbit sepanjang 75 meter (247 kaki) telah dibina di pusat bandar Manchester di Spinningfields, United Kingdom.
Kini, laluan yang ditetapkan untuk pejalan kaki yang sibuk menggunakan telefon bimbit ini diharapkan dapat serba sedikit membantu menghalang mereka daripada 'berlaga' dengan orang lain.
Ia juga dilengkapi papan tanda arah yang antara lain menunjukkan lorong pejalan kaki itu berbeza dengan ruang pejalan kaki biasa, iaitu bagi mereka yang tidak menggunakan telefon bimbit.
Laluan di sepanjang Hardman Boulevard itu sememangnya terkenal sebagai laluan bagi puluhan ribu orang setiap minggu, termasuk warga pejabat yang mengunjungi deretan kedai, bar, dan restoran.
Jadi, orang ramai boleh bersiar-siar dengan selamat selain jaminan bahawa anda tidak akan bertembung dengan sesiapa.
Idea ini tercetus apabila Pengarah Urusan AO-Mobile, Richard Baxendale, berpendapat bahawa pengguna perlu bersikap realistik dan bertanggungjawab dalam cara kehidupan bermasyarakat.
"Penyelidikan kami mendapati warga British yang begitu asyik dengan penggunaan teknologi ketika berjalan menjadi satu isu yang perlu ditangani.
"Laluan khas pengguna telefon bimbit ini merupakan langkah pertama yang boleh diterima pakai oleh bandar-bandar lain pada masa akan datang," ujarnya.
Inisiatif yang bersifat eksperimental ini juga boleh dijadikan idea sama ada ia boleh diguna pakai di tempat lain.
Pada masa sama, Baxendale sempat mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pergerakan dan langkah kaki setiap kali menggunakan telefon bimbit.
Agensi
Sat Sep 21 2019
Idea ini tercetus apabila Pengarah Urusan AO-Mobile, Richard Baxendale, mempunyai tanggapan bahawa kita perlu bersikap realistik dan bertanggungjawab apabila cara masyarakat berubah. - Twitter @ao
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Pengguna telefon bimbit kini ada laluan pejalan kaki khas di UK
Kedua-dua laluan khas bagi pengguna telefon bimbit seluas 75 meter (247 kaki) telah dibina di pusat bandar Manchester di Spinningfields.