Selepas beberapa jam membantu Skuad Bola Sepak Perancis, "Les Bleus" mara ke final Piala Dunia di Russia, Paul Pogba mendedikasikan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Belgium di dalam perlawanan separuh akhir kepada 13 anggota pasukan bola sepak "Mu Pa" termasuk jurulatih mereka yang diselamatkan dari Gua Tham Luang, Selasa malam.
Pemain tengah handalan Perancis, Pogba adalah antara sekumpulan pemain bola sepak, selebriti, pemimpin dunia dan individu penting di seluruh dunia yang mengucapkan tahniah atas kejayaan misi menyelamat di Chiang Rai, Thailand.
"Kejayaan ini untuk wira-wira hari ini, tahniah anda amat tabah," kata warga Perancis itu yang bermain untuk kelab Manchester United dalam catatan di akaun Instagramnya yang diiringi dengan gambar 12 pemain bola sepak itu.
Beliau menyambung "Budak-budak lelaki di Thailand itu sentiasa di dalam ingatan saya" dalam Bahasa Perancis.
BACA: Mangsa gua Tham Luang disanjung kerana fasih bahasa Inggeris
BACA: Jurulatih Ekk paling akhir keluar, tunai janji jaga anak-anak buah
Bekas pemain legenda England dan Manchester United, David Beckham yang kerap melawat Thailand juga menzahirkan perasaan gembiranya dengan berita pemain bola sepak dan jurulatih mereka yang terperangkap selama 17 hari dalam gua yang ditenggelami air itu, berjaya diselamatkan.
Beliau juga melahirkan penghargaan kepada bekas penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand, mendiang Sjn Saman Kunan yang maut semasa membantu operasi menyelamat.
"Sangat gembira mendengan berita dari Thailand. Budak-budak ini adalah wira, juga jurulatih mereka, lelaki dan wanita yang bersabung nyawa menyelamatkan mereka dan Saman Kunan yang hebat. Kisah yang positif dan menaikkan semangat juang untuk hidup," katanya.
INFOGRAFIK: Wajah-wajah 13 mangsa gua Tham Luang
BACA: Kenali wira-wira penyelam gua Tham Luang
Pelakon Hollywood Josh Brolin juga memasukkan satu hashtag 'ripsamankunan' dalam catatan di Twitternya selepas mereka diselamatkan sebagai penghargaan kepada bekas penyelam SEAL tentera laut Thailand itu.
Penyerang Poland dan Bayern Munich Robert Lewandowski di dalam catatan di Twitternya melahirkan rasa bangga bahawa pasukan bola sepak remaja itu memenangi perlawanan "paling penting" mereka Selasa malam, merujuk kepada usaha menyelamat mangsa selepas 17 hari terperangkap di dalam gua itu.
Usahawan angkasa Amerika, Elon Musk yang berlepas ke Thailand pada Selasa dengan kapal selam mini yang dibangunkannya untuk membantu operasi menyelamat itu membuat catatan dalam Twitternya ," Berita hebat, mereka berjaya diselamatkan. Tahniah kepada pasukan menyelamat yang mengkagumkan!"
Kapal selamnya yang dinamakan "Wild Boar" tidak digunakan di dalam operasi itu.
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu juga mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelamat yang terdiri daripada penyelam antarabangsa dan pihak berkuasa Thailand atas keberanian dan kejayaan mereka menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak itu.
BACA: Pemimpin dunia ucap tahniah
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri Britain Theresa May, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong juga pengasas Facebook Mark Zuckerberg juga memuji kejayaan operasi menyelamat tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada penyelam antarabangsa dan pihak berkuasa Thailand disanjungi atas keberanian mereka menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak yang terperangkap dalam gua. - Gambar fail

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.
Polis kesan pemandu Ford Ranger langgar lari di Ampang
Polis sedang menyiasat satu insiden kemalangan yang tular di media sosial melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger kelabu yang didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Pandan 1 menghala ke MRR2.
Polis mohon bantuan kesan Nur Aidil Fitri
Polis mohon bantuan kesan seorang remaja lelaki, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berusia 17 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Sri Damansara Khamis lalu.

Pentadbiran Trump panik selepas dokumen pembunuhan JFK dedah data peribadi
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, ratusan daripadanya mengandungi maklumat peribadi tanpa disunting.
Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini
Lapangan terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran
Lapangan Terbang Heathrow sambung semula operasi pada Jumaat.
Hamas kaji gencatan senjata dicadang A.S
Hamas sedang kaji cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat, pada Jumaat.
A.S salahkan Hamas peperangan kembali meletus di Gaza
Amerika Syarikat menyalahkan Hamas atas kematian terkini di Gaza susulan kegagalan mencapai persetujuan gencatan senjata yang dikemukakan Washington kepada Majlis Keselamatan PBB.

Status jumlah pasukan Liga Super 2025-2026 selepas 30 April - MFL
First Instance Body akan bermesyuarat bagi memutuskan jumlah pasukan yang layak mendapat Lesen Kebangsaan sekali gus beraksi pada Liga Super 2025-2026.

Nottingham Forest barakan sensasi gaya retro memukau di EPL
Biarpun kurang memukau dari segi estetika, kecekapan adalah kunci utama Espirito Santo dalam mengemudi kelab dengan bajet kecil seperti Forest.

TMJ dedah Sri Pahang, Kedah berkubur musim depan
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, masalah berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap apabila perbelanjaan melebihi pendapatan.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.