awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengodam bocor maklumat peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter

Bernama
Bernama
06/01/2023
10:22 MYT
Pengodam bocor maklumat peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter
Penggodam dilaporkan mencuri data peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter dan berkongsi butiran ini termasuk alamat e-mel dan nombor telefon. - Gambar hiasan/Monika Skolimowska/ZB/dpa via Bernama
ANKARA: Penggodam dilaporkan mencuri data peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter dan berkongsi butiran ini termasuk alamat e-mel dan nombor telefon.
Insiden itu "akan mendorong lebih banyak aktiviti penggodaman, pancingan data yang disasarkan serta doxxing," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Alan Gal, pengasas bersama firma pemantauan keselamatan siber Israel Hudson Rock pada Rabu.
Menyifatkan pelanggaran itu sebagai "satu daripada kebocoran paling ketara" yang pernah dilihat sepanjang hidupnya, Gal mula menyiarkannya di laman rangkaian sosial LinkedIn yang berfokuskan perniagaan pada 24 Dis.
Tangkap layar forum penggodam, lokasi data itu dikesan pada Rabu, diedarkan secara dalam talian.
Twitter belum memberi sebarang respons dan tidak dapat dipastikan sama ada platform media sosial ini telah mengambil sebarang langkah untuk menyiasat atau menangani isu itu.
Identiti penggodam belum dikenal pasti.
Kegiatan ini mungkin berlaku seawal 2021, sebelum jutawan Elon Musk mengambil alih syarikat itu pada Oktober lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penggodam
#Twitter
#data peribadi
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan