awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus jualan menang hadiah 10 tahun gaji dalam cabutan bertuah

Agensi
Agensi
18/05/2023
02:00 MYT
Pengurus jualan menang hadiah 10 tahun gaji dalam cabutan bertuah
Pernahkah anda membayangkan menerima ganjaran 10 tahun gaji dalam sekelip mata? - Gambar hiasan
BAYANGKAN nama anda terpilih sebagai penerima ganjaran wang yang nilainya setara 10 tahun gaji bulanan dalam satu acara cabutan bertuah.
Kemungkinan yang paling besar akan berlaku ketika mengetahui perkara itu ialah anda pasti akan melonjak kegembiraan diiringi tangisan kesyukuran.
Sesiapa sahaja yang diumumkan sebagai pemenang juga tentu sekali sukar membayangkan kegembiraan itu dari segi kata-kata kerana hanya tuah dan rezeki sahaja yang akan menyebelahi seseorang untuk meraih hadiah wang tunai dengan jumlah sebesar itu.
Demikian juga dengan apa yang ditakdirkan buat seorang ekspatriat di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed.
Pengurus jualan yang berasal dari Mesir dan berkhidmat dengan sebuah syarikat farmasi itu tidak pernah sama sekali membayangkan dia akan menerima ganjaran sedemikian sepanjang hidupnya.
Nama Mohammed diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah anjuran sebuah institusi kewangan kukuh di UAE, Al Fardan Exchange.
Al Fardan Exchange yang sudah lama kekal di UAE merupakan sebuah institusi kewangan yang dikawal selia oleh bank Pusat negara itu pada kempen yang diadakan sepanjang bulan Ramadan turut menawarkan hadiah-hadiah lain seperti kenderaan Nissan Patrol, lebih setengah kilogram emas dan tentu sekali hadiah terbesar yang ditawarkan sepanjang masa - gaji selama 10 tahun!
Syarikat pemindahan dan penukaran wang ini sebetulnya mengubah nasib Mohammed yang sudah sedekad berkhidmat dan bermastautin di UAE.
Kata Mohammed, sepanjang mencari rezeki di UAE, dia setia menggunakan perkhidmatan Al Fardan Exchange untuk mengirim wang kepada ibunya di Mesir.
"Saya sedang duduk di rumah bersama isteri ketika menerima berita kemenangan itu. Kami berdua terdiam sejenak kerana tidak pernah termimpi dan terbayang kami akan seberuntung ini!” kata Mohammed seperti dilaporkan portal berita Khaleej Times.
Hadiah kemenangan ini, jelasnya, akan dimanfaatkan sebaik mungkin khususnya dalam merancang masa depan.
"Saya ingin membeli rumah di Mesir terlebih dahulu dan kemudian melakukan umrah. Saya juga terfikir untuk memulakan perniagaan di UAE,” kongsi Mohammed.
Menjelaskan mengenai kejayaan kempen Ramadan terbesar ini, Ketua Pegawai Eksekutif Al Fardan Exchange, Hasan Fardan Al Fardan berkata, ini merupakan undian terbesar yang pernah dilakukan syarikat itu.
"Kami selalu memberikan komitmen untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bersama kami.
"Pada Ramadan ini, kami bertanya kepada mereka apa yang akan membuat mereka bahagia dan rata-rata maklum balas yang kami peroleh berkaitan dengan gaji bulanan mereka.
“Justeru, kami mendengar dan melangkah lebih jauh ke hadapan dengan menawarkan hadiah utama berupa gaji selama 10 tahun,” kata Hasan Fardan.
Sementara itu, Rachel yang juga pemenang kereta Nissan Patrol pula berkata, dia juga sentiasa menjadikan Al Fardan Exchange untuk mengirim wang kepada ayahnya di Filipina yang baru saja mengalami strok serta anggota keluarganya yang lain.
Dia yang bekerja dalam bidang sumber manusia berkongsi cerita air matanya mengalir sebaik mengetahui namanya sebagai pemenang hadiah itu.
"Saya menangis ketika pertama kali mengetahui saya menang Nissan Patrol. Saya belum pernah memenangi apa-apa sebelum ini,” cerita Rachel.
Meraikan kepelbagaian komuniti merupakan kebanggaan bagi Al Fardan Exchange.
"Kami selalu bangga untuk mendukung dan melayani komunti yang beragam dan secara teratur melakukan inisiatif untuk mencapainya.
“Sebagai institusi penukaran wang tertua di negara ini, memberikan ganjaran merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kami dan telah berakar dalam organisasi kami,” kata Hasan Fardan lagi.
Topic Berkaitan
#10 tahun gaji
#hadiah cabutan bertuah
#Al Fardan Exchange
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan