awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga berlian ditahan berhubung kes penipuan perbankan US$2 bilion

Bernama
Bernama
16/04/2025
05:45 MYT
Peniaga berlian ditahan berhubung kes penipuan perbankan US$2 bilion
Choksi, 65, ditahan pada Sabtu lalu dan kini sedang menjalani rawatan kanser. - Gambar fail
NEW DELHI/BRUSSELS: Peniaga berlian kelahiran India, Mehul Choksi ditahan pihak berkuasa di Antwerp, Belgium membabitkan kes penipuan perbankan hampir US$2 bilion, kata peguamnya Vijay Aggarwal pada Selasa.
Choksi, 65, ditahan pada Sabtu lalu dan kini sedang menjalani rawatan kanser, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Peguam bela Choksi memohon agar anak guamnya dibebaskan sementara bagi membolehkan Choksi mempertahankan diri daripada diekstradisi di luar lokap, dengan alasan bahawa Choksi tidak berisiko melarikan diri.
Polis Penyiasatan Pusat India (CBI) mendakwa Choksi dan anak saudaranya, Nirav Modi memperoleh pinjaman secara penipuan daripada Punjab National Bank (PNB), sebuah bank milik kerajaan.
Skandal berprofil tinggi itu terbongkar pada 2018, apabila pihak berkuasa mengesan pemindahan dana tanpa kebenaran bernilai kira-kira US$1.8 bilion di satu daripada cawangan PNB di Mumbai.
Dana terbabit dipercayai disalurkan ke luar negara menerusi institusi kewangan lain, dengan dibantu beberapa kakitangan dalaman PNB yang didakwa bersekongkol memudahkan urusan pinjaman palsu Choksi dan Modi.
Modi ditahan di London pada 2019 dan kekal di penjara Britain, sementara menanti keputusan permohonan ekstradisi oleh pihak berkuasa India.
Menurut media tempatan India, Choksi dipercayai bersembunyi di Caribbean dan bersama keluarganya di Antwerp, pusat perdagangan berlian dunia, sejak skandal itu terbongkar.
Bagaimanapun, status ekstradisi kedua-dua suspek ke India masih belum jelas.
Peguam Choksi dijangka mempertikaikan ekstradisi atas alasan "kes bermotifkan politik" dan turut membangkitkan isu keadaan tahanan yang tidak berperikemanusiaan di penjara India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga berlian
#India
#penipuan perbankan
#Belgium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan