awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penjinak' tersohor Itali maut diserang empat ekor harimau semasa latihan sarkas

Agensi
Agensi
06/07/2019
06:44 MYT
'Penjinak' tersohor Itali maut diserang empat ekor harimau semasa latihan sarkas
Seorang pawang tersohor di Itali maut selepas diserang empat ekor harimau semasa sedang melatih haiwan berkenaan untuk pertunjukan sarkas.
Seorang penjinak harimau tersohor di Itali maut selepas diserang empat ekor haiwan itu semasa sedang melatih haiwan berkenaan untuk sebuah pertunjukan sarkas dalam satu insiden di Puglia, Rom, Itali pada Khamis.
Ettore Weber, 61, pada awalnya diserang oleh seekor harimau sebelum tiga ekor lagi haiwan itu mengganas dan turut menyerang mangsa.
Memetik laporan BBC, pertunjukan sarkas itu merupakan sebuah acara popular yang diadakan di selatan Itali khusus untuk pelancong.
Menurut laporan media tempatan, selama beberapa minit, kumpulan harimau berkenaan dilihat ‘bermain-main’ dengan jasad Weber yang terkulai lemah di dalam kandang sebelum kakitangan sarkas boleh mengambil tindakan.
Weber dilaporkan meninggal dunia disebabkan luka parah di tubuhnya.
Terdahulu, Weber yang bekerja di Orfei Circus diketahui umum sebagai seorang pelatih sarkas yang berpengalaman dan terkenal di Itali.
Selepas kejadian, semua harimau itu dipindahkan ke sebuah taman safari dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung serangan itu.
Topic Berkaitan
#harimau
#Itali
#maut
#polis
#Sarkas
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan