awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gadis 19 tahun dakwa disamun, dipaksa lakukan seks luar tabii
Protes di AS berterusan susulan insiden tembakan di Minneapolis
Lima maut dalam kemalangan di lebuh raya Korea Selatan akibat 'ais hitam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis blog warga asing Murray Hunter ditahan di Bangkok - MCMC

Bernama
Bernama
03/10/2025
04:50 MYT
Penulis blog warga asing Murray Hunter ditahan di Bangkok - MCMC
MCMC memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penerbitan Hunter yang berkaitan dengan institusi Malaysia, termasuk MCMC.
KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter telah ditahan di Bangkok bulan lepas, kerana gagal mematuhi saman dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa suruhanjaya itu difahamkan Hunter telah ditahan pada 29 Sept di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan penahanan itu berkait rapat dengan kegagalan lelaki itu mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa Thailand.
"Semua perkara berkaitan penahanan, kemungkinan kesalahan dan sebarang pertuduhan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Thailand. MCMC menghormatinya dan akan mematuhi proses serta keputusan sistem keadilan Thailand," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penerbitan Hunter yang berkaitan dengan institusi Malaysia, termasuk MCMC.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa Hunter yang merupakan seorang warganegara Australia, menjalankan aktiviti penerbitannya dari Thailand, dengan kandungannya turut boleh diakses di dalam negara itu.
Selain itu, satu tuntutan sivil telah difailkan di Malaysia, dengan dokumen tuntutan disampaikan kepada lelaki itu di Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Bangkok
#penulis blog
#Murray Hunter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan