Penulis novel Amerika yang terkenal dengan karya "To Kill a Mockingbird" , Harper Lee, meninggal dunia pada usia 89 tahun, menurut sumber rasmi di kawasan kediamannya pada Jumaat.

Jurucakap bandar Monroeville, Alabama, mengesahkan laporan media tempatan dengan menyatakan: "Beliau telah meninggal dunia."

Karya novelnya pada 1960, menerima anugerah Pulitzer, yang menyentuh isu ketidakadilan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa pada era kemerosotan di bahagian selatan dan menjadi bacaan standard di dalam kelas di seluruh dunia.