SEATTLE: Seramai enam penumpang pesawat Alaska Airlines penerbangan 1282 bertindak menyaman Boeing selepas panel untuk menempatkan pintu kecemasan tambahan tercabut ketika pesawat berada di ruang udara Oregon, Portland pada Jumaat lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Enam penumpang dan ahli keluarga seorang daripada penumpang memfailkan tuntutan pada Khamis di Mahkamah Tinggi King County di Seattle, menuntut Boeing membayar pampasan kepada mereka dan 165 penumpang lain bagi kecederaan yang dialami semasa insiden itu.
Bagaimanapun, Alaska Airlines tidak dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah.
Seorang penumpang yang mengemukakan tuntutan mahkamah berkenaan mendakwa kepalanya terhentak beberapa kali semasa kejadian itu hingga mengakibatkan gegaran, kecederaan tisu lembut pada leher dan belakang serta pendarahan di telinga.
Dia juga mendakwa topeng oksigen tidak berfungsi apabila kabin hilang tekanan selepas panel pintu itu tercabut.
Dua penumpang lagi mendakwa mereka mengalami kesukaran bernafas.
Seorang penumpang lain berkata dia mengalami sawan akibat tertekan daripada kejadian itu walaupun selepas pesawat itu berjaya mendarat .
"Meskipun semua penumpang bersyukur bahawa anak kapal berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat, pengalaman ngeri ini telah menyebabkan kesan ekonomi, fizikal dan emosi yang berterusan kepada pelanggan kami dan merupakan satu lagi tanda bahawa pesawat siri 737-MAX bermasalah," menurut kenyataan peguam Daniel Laurence dari firma undang-undang Stritmatter Kessler Koehler Moore pada Khamis.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) telah mengarahkan operasi pesawat model MAX dihentikan pada Sabtu sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan.
Bagaimanapun, Boeing enggan mengulas mengenai tuntutan mahkamah pada Khamis.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan awal minggu ini bahawa pihaknya menyokong keputusan FAA untuk menghentikan operasi 737 MAX 9 dan bahawa ia "komited untuk memastikan setiap pesawat Boeing memenuhi spesifikasi reka bentuk dan piawaian keselamatan dan kualiti tertinggi".
Plaintif menuntut pampasan berkaitan rawatan kesihatan dan kecederaan psikologi, kos pembatalan rancangan perjalanan dan pekerjaan termasuk barangan peribadi yang hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Keadaan dalam pesawat Alaska Airline apabila pintu kecemasan tercabut ketika pesawat berada di ruang udara Oregon, Portland pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Reuters
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.
Alaska Airlines temukan banyak bolt longgar pada pesawat Boeing MAX 9
Permintaan saya kepada Boeing ialah apa yang mereka akan lakukan untuk meningkatkan program kualiti dalaman, kata Minicucci.
Palam pintu pesawat tercabut, CAAM tawar bantuan kepada FAA Amerika Syarikat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersedia menawarkan bantuan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).
Penumpang Alaska Airlines saman Boeing selepas panel pintu pesawat tercabut
Alaska Airlines bagaimanapun tidak dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah.
Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu
Alaska Airlines pada Rabu mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX-9 sehingga Sabtu.
Insiden Alaska Airlines: FAA gantung operasi 171 pesawat Boeing 737 Max 9
Pemeriksaan yang diperlukan akan mengambil masa kira-kira empat hingga lapan jam bagi setiap pesawat.
Pesawat Alaska Airlines mendarat cemas, panel tingkap tercabut
Alaska Airlines menggantung perkhidmatan semua pesawat Boeing 737-9 miliknya pada Jumaat.
Juruterbang mogok, lebih 120 penerbangan dibatalkan
Lebih 120 penerbangan Alaska Airlines terpaksa dibatalkan selepas kebanyakan juruterbangnya melakukan mogok di beberapa bandar utama negara itu.