awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penumpang' jatuh dari pesawat, mayat dijumpai di taman

Agensi
Agensi
02/07/2019
09:18 MYT
'Penumpang' jatuh dari pesawat, mayat dijumpai di taman
Syarikat penerbangan Kenyan Airways mengesahkan laporan awal bahawa mayat itu mungkin terjatuh daripada gear pendaratan pesawat yang sedang terbang dari Nairobi ke Heathrow. -Gambar hiasan/Pexels
Masyarakat di selatan London gempar apabila mayat seorang lelaki dipercayai 'penumpang' sebuah pesawat ditemukan di sebuah taman di selatan London.
Syarikat penerbangan Kenyan Airways mengesahkan laporan awal bahawa mayat itu mungkin terjatuh daripada gear pendaratan pesawat yang sedang terbang dari Nairobi ke Heathrow.
Tidak dinyatakan sama ada lelaki itu sudah mati ketika berada di dalam kebuk gear pendaratan tersebut atau setelah jatuh dari ketinggian penerbangan pesawat.
Polis yang dipanggil ke Offerton Road di Clapham pada jam 3.39 petang Ahad berkata bedah siasat akan dijalankan, namun setakat ini kematian lelaki itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.
Laporan Associated Press menyebut bahawa bahawa lelaki itu terjatuh hanya satu meter daripada penduduk yang sedang berjemur di taman.
"Saya dengar satu dentuman. Saya naik ke atas untuk melihat dari tingkap. Pada mulanya saya fikir orang gelandangan tidur di taman.
"Pakaiannya semua lengkap. Saya melihat dengan lebih dekat dan dapati ada darah di seluruh dinding taman," katanya.
Syarikat penerbangan tersebut dalam kenyataannya berkata tiada kerosakan dilaporkan pada pesawat itu dan mengucapkan takziah atas kematian mangsa.
Topic Berkaitan
#jatuh dari pesawat
#London
#maut
#penerbangan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan