awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang mengamuk mahu beryoga, pesawat United Airlines terpaksa patah balik

Agensi
Agensi
31/03/2016
05:30 MYT
Penumpang mengamuk mahu beryoga, pesawat United Airlines terpaksa patah balik
Pae juga dilaporkan mengugut mahu membunuh penumpang lain.
Sebuah pesawat United Airlines dari Honolulu, Hawaii ke Jepun, terpaksa berpatah balik apabila seorang penumpangnya mengamuk mahu melakukan senaman yoga di dalam pesawat.
Associated Press melaporkan, penumpang tersebut, Hyongtae Pae, bangun dari tempat duduknya dan berkeras mahu ke bahagian belakang pesawat untuk melakukan yoga, ketika krew kabin sedang menghidangkan makanan.
Apabila diminta kembali ke tempat duduk, Pae naik marah malah menolak isterinya yang turut sama memujuknya.
Dalam laporan yang dihantar kepada pihak berkuasa, Pae juga dilaporkan mengugut mahu membunuh penumpang lain dan menjerit "tiada tuhan".
Pae kemudiannya ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan AS$25,000 (RM97,965) beserta syarat tidak boleh meninggalkan Pulau Oahu, Hawaii.
Dia juga diarahkan menjalani pemeriksaan mental.
Pae dan isterinya yang berasal dari Korea, dilaporkan berada di Hawaii untuk bercuti sempena ulangtahun perkahwinan mereka.
Pae dikatakan melakukan yoga untuk menangani masalah kebimbangan keterlaluan (anxiety), dan dilaporkan telah 11 hari tidak dapat tidur.
Topic Berkaitan
#pesawat patah balik
#United Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan