awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk perasaan ceroboh masuk ke sidang kemuncak COP30, bertembung dengan pasukan keselamatan

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2025
00:00 MYT
Penunjuk perasaan ceroboh masuk ke sidang kemuncak COP30, bertembung dengan pasukan keselamatan
Penunjuk perasaan, termasuk wakil komuniti Orang Asli, menyertai demonstrasi sambil memaksa masuk ke lokasi persidangan Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB (COP30) di Belem, Brazil. - Foto REUTERS
BELEM: Sidang Kemuncak Perubahan Iklim COP30 di Belem, Brazil, digemparkan apabila sekumpulan penunjuk perasaan memaksa masuk ke dalam kawasan persidangan dan bertembung dengan pasukan keselamatan pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Penunjuk perasaan serbu Sidang Kemuncak Perubahan Iklim COP30 di Belem, Brazil, menyerang pasukan keselamatan dengan kayu dan alat muzik.
  • Kekecohan berlaku apabila penunjuk perasaan berjaya menembusi kawalan keselamatan, menyebabkan seorang pengawal cedera di bahagian perut dan seorang lagi terkena balingan gendang di kepala.
  • Aktivis, termasuk wakil komuniti Orang Asli, menuntut tindakan tegas daripada pemimpin dunia terhadap kemusnahan hutan Amazon dan krisis iklim semasa pemimpin dunia berkumpul untuk membincangkan isu tersebut di Belem.

Menurut saksi Reuters, penunjuk perasaan yang membawa kayu dan alat muzik menyerbu pintu masuk utama sebelum berlaku kekecohan.
Beberapa meja digunakan untuk menghalang laluan, namun mereka berjaya menembusi kawalan keselamatan.
Seorang pengawal keselamatan dilaporkan cedera di bahagian perut dan terpaksa dibawa keluar dengan kerusi roda, manakala seorang lagi terkena balingan gendang di kepala.
Penunjuk perasaan terdiri daripada ratusan aktivis, termasuk wakil komuniti Orang Asli, yang berarak ke lokasi sebagai bantahan terhadap kegagalan tindakan iklim global.
Mereka mendesak agar pemimpin dunia mengambil langkah lebih tegas dalam menangani kemusnahan hutan Amazon dan krisis iklim yang semakin meruncing.
Insiden itu berlaku ketika pemimpin dunia berkumpul di Belem untuk membincangkan komitmen baharu terhadap pengurangan pelepasan karbon dan perlindungan biodiversiti.
Pihak penganjur belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung gangguan tersebut, namun kawalan keselamatan telah diperketatkan di sekitar kawasan persidangan.
Topic Berkaitan
#COP30
#tunjuk perasaan
#bertembung
#pasukan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan