awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk perasaan maut dalam serangan di Bangkok

Agensi
Agensi
15/05/2014
00:30 MYT
Penunjuk perasaan maut dalam serangan di Bangkok
Dua penunjuk perasaan maut dalam serangan di Bangkok - Gambar Fail
Sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan anti kerajaan maut manakala 21 yang lain cedera dalam insiden tembakan dan letupan bom tangan awal hari ini, di Bangkok. Sekaligus meningkatkan ketegangan suhu politik negara Thailand.
Menurut pihak polis, dua bom tangan jenis M79 dilontar ke Tugu Demokrasi, kawasan dimana penunjuk perasaan berkumpul sebelum disusuli dengan beberapa tembakan.
“Mangsa pertama yang terbunuh adalah seorang penunjuk perasaan yang sedang tidur di kawasan Tugu Demokrasi, sementara seorang lagi adalah pengawal yang maut selepas terkena tembakan,” kata jurucakap polis, Mejar Wallop Prathummuang kepada agensi berita AFP.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Pusat Kecemasan Erawan Thailand, dilaporkan tiga terbunuh manakala 21 yang lain cedera tanpa memberikan butiran lanjut.
Angka korban sepanjang enam bulan tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan telah mencecah sekurang-kurangnya 27 nyawa, dengan ratusan yang lain cedera akibat tembakan atau serangan bom tangan.
Penujuk perasaan kini menjadikan kawasan di sekitar Rumah Kerajaan tempat bekumpul dalam usaha mendesak senat negara itu untuk menyingkirkan pentadbiran sementara dan melantik perdana menteri yang baru.
Bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra dilucutkan jawatannya oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand minggu lalu. Parti Puea pimpinannya mengambil alih pentadbiran dan berkeras masih berkuasa dengan alasan ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.
Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu pada Khamis mencadangkan pilihan araya semula yang dijadualkan Julai ini ditangguhkan ekoran insiden keganasan terbaru ini.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Thailand
#Yingluck Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan