Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mac 2026.

1. Vincent Tan jual saham Berjaya Corp bernilai hampir RM80 juta

Advertisement

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menjual pegangan saham dalam syarikat konglomerat tersebut bernilai kira-kira RM79.56 juta.
 

2. Dua pekerja taska direman seminggu berhubung kes kematian bayi empat bulan

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang disyaki mangsa penderaan. 
 

3. Tiga kereta Cikgu Chandra dibakar

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

4. Isu pemain warisan: TMJ dedah ada ‘orang dalam’ FAM mahu jadikan baginda kambing hitam

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mendedahkan terdapat segelintir 'orang dalam' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendalangi kempen sabotaj bagi menjadikan baginda kambing hitam dalam isu pemalsuan dokumen pemain warisan.

5. Bersatu gantung Ronald Kiandee, Mas Ermieyati dua penggal

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Selasa menggantung keahlian Naib Presiden Datuk Seri Ronald Kiandee, dan Ketua Srikandi Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkuat kuasa serta-merta.

6. Malaysia mulakan operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik Asia Barat

Malaysia memulakan Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat pada Selasa dengan menghantar pesawat sewaan khas Malaysia Airlines ke Jeddah, Arab Saudi.

7. Kontrak Azam Baki: 'Biar mereka tanya saya dulu' - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memberikan sebarang kata putus berhubung status kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

8. Isu ejen provokasi cetus sentimen kaum dibawa ke Kabinet Rabu ini - Ramanan
Isu berhubung individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi dan dibayar bagi mencetuskan sentimen perkauman akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

9. KPM umum cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

10. Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar - Muhyiddin
Tiada mana-mana bahagian Bersatu yang dibubarkan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu sejak kebelakangan ini, tegas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 


 

Must Watch Video