awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat bakal berakhir

Agensi
Agensi
22/01/2018
21:49 MYT
Penutupan pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat bakal berakhir
Masalah pendatang asing muda dan keselamatan sempadan antara perkara yang dipersetujui kedua belah pihak. - Foto REUTERS
Penutupan pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat dijangka berakhir selepas kedua-dua Republikan dan Demokrat bersetuju untuk meluluskan bajet sementara bagi menampung kerajaan sehingga 8 Februari ini.
Senator Chuck Schumer berkata pihak Demokrat hanya akan memberi lampu hijau kepada bajet tersebut jika pihak Republikan bersetuju meneruskan program yang memberi perlindungan kepada pendatang asing muda daripada dihantar pulang ke negara masing-masing.
Schumer menjelaskan penutupan pentadbiran selama tiga hari itu bakal berakhir dalam beberapa jam lagi.
"Kami akan mengundi hari ini untuk membuka semula kerajaan dan meneruskan perbincangan bagi mencari penyelesaian bagi masalah itu," tegas beliau.
Schumer turut menyangkal Presiden Donald Trump kerana tidak membantu dalam mencari persetujuan kedua-dua pihak dan menyatakan kali terakhir beliau bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat itu pada Jumaat sebelum penutupan kerajaan bermula.
"Ketika kami mencari penyelesaian kepada masalah ini, Presiden kami hanya berdiam diri," kata Schumer.
Senator New York itu berkata beliau memberi harapan tinggi kepada perbincangan mengenai kumpulan pendatang asing, iaitu 700,000 kanak-kanak yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat dan diberi perlindungan di bawah program yang diluluskan semasa pentadbiran Barack Obama.
Ketua Senat Republikan Mitch McConnell berkata pihaknya akan mempertimbangkan undang-undang mengenai kumpulan pendatang tersebut, keselamatan sempadan serta bantuan bencana.
"Kita harus bergerak ke hadapan dan langkah pertama adalah untuk mengakhiri penutupan ini," kata McConnell.
Sementara itu, Trump, dalam satu kenyataan yang dibaca oleh Setiausaha Media White House berkata satu penyelesaian jangka panjang tentang pendatang ini akan dipersetukui hanya jika ia memberi faedah kepada Amerika Syarikat secara keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bajet
#Chuck Schumer
#Imigresen
#kerajaan
#Mitch McConnell
#undang-undang
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan