awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan Selat Hormuz jejas ekonomi dunia

Bernama
Bernama
21/06/2025
04:10 MYT
Penutupan Selat Hormuz jejas ekonomi dunia
Penutupan Selat Hormuz yang dibimbangi bakal berlaku sekiranya ketegangan bersenjata antara Iran dan Israel terus memuncak akan memberi kesan besar kepada ekonomi global.
ATHENS: Penutupan Selat Hormuz, yang dibimbangi bakal berlaku sekiranya ketegangan bersenjata antara Iran dan Israel terus memuncak akan memberi kesan besar kepada ekonomi global, menurut Menteri Perkapalan Greece, Vassilis Kikilias pada Jumaat.
Beliau menegaskan, sebarang tindakan Iran untuk menutup laluan laut itu akan membawa implikasi ekonomi yang serius di peringkat antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi.
"Jika Selat Hormuz ditutup - ia merupakan senario paling buruk - kesannya bukan sahaja terhadap sektor perkapalan tetapi seluruh ekonomi dunia," katanya dalam wawancara bersama stesen televisyen SKAI TV.
Kikilias menjelaskan, hampir 90 peratus perdagangan global bergantung kepada laluan maritim dan sebarang usaha mengalihkan kapal mengelilingi Afrika untuk ke destinasi utama di Eropah dan Amerika Syarikat akan mengganggu rantaian bekalan dunia secara ketara.
Menyifatkan landskap geopolitik semasa sebagai "sangat tidak menentu", beliau turut memaklumkan, harga minyak telah meningkat antara tujuh hingga 10 peratus dalam beberapa hari kebelakangan ini akibat ketegangan bersenjata antara Iran dan Israel.
Ketegangan tercetus pada Jumaat lalu selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan tentera dan nuklear, yang kemudian dibalas oleh serangan peluru berpandu dari Tehran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Selat Hormuz
#penutupan Selat Hormuz
#ekonomi dunia terjejas
#Israel serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan