awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelam jumpa nota bertarikh November 1926 dalam sebuah botol di sungai Michigan

Bernama
Bernama
26/06/2021
01:04 MYT
Penyelam jumpa nota bertarikh November 1926 dalam sebuah botol di sungai Michigan
Jennifer berkata botol itu dijumpai ketika menyelam di Sungai Cheboygan untuk membersihkan bahagian bawah kapalnya pada 18 Jun lalu. - Twitter @edisonbilgi
MICHIGAN: Seorang kapten kapal di Michigan, Amerika Syarikat (AS) menjumpai sepucuk nota yang ditulis pada 1926, di dalam sebuah botol di dasar sungai dan berjaya menghubungi anak perempuan penulis surat itu, lapor United Press International (UPI).
Jennifer Dowker, pemilik syarikat pelancongan, Nautical North Family Adventures, berkata botol itu dijumpai ketika menyelam di Sungai Cheboygan untuk membersihkan bahagian bawah kapalnya pada 18 Jun lalu.
Nota bertarikh November 1926 mengandungi ungkapan: "Adakah orang yang menemui botol ini akan mengembalikan kertas ini kepada George Morrow Cheboygan Michigan dan memberitahu lokasi ia dijumpai?"
Penemuan itu menjadi tular sebaik Dowker memuat naik gambar botol dan nota itu dalam laman Facebook syarikatnya.
Pada Hari Bapa yang lalu beliau menerima panggilan daripada seorang wanita dikenali Michele Primeau.
Primeau,74, berkata bapanya meninggal dunia pada 1995, sering meninggalkan nota di tempat yang sukar dijangka.
"Saya masih ingat ketika kami menukar kabinet ubat di bilik mandi, kami menemui nota yang ditulis di dinding," katanya.
-- BERNAMA

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#Facebook
#AS
#pelancongan
#Sungai
#Michigan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan