ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 September 2026.
1. Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Najib, anak tangguh prosiding kebankrapan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.
2. MEX II: Mahkamah tolak permohonan DNAA Abu Sahid, isteri
Mahkamah Sesyen pada Jumaat menolak permohonan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan isteri untuk mendapatkan perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) daripada pertuduhan pecah amanah serta pengubahan wang haram.
3. Isu peruntukan KKDW: Bincang baik-baik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MoF) berbincang secara baik bagi menyelesaikan isu peruntukan termasuk kelewatan pembayaran kepada kontraktor.
4. PRU awal: Kerajaan kekal fokus pulih ekonomi, kesejahteraan rakyat - PM Anwar
Cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal akan diteliti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. Jerebu: 647 sekolah ditutup di Sarawak dari 7 hingga 11 September
Sebanyak 647 sekolah di Sarawak ditutup selama lima hari, dari 7 hingga 11 September, susulan keadaan jerebu yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan signifikan.
6. Agong perkenan isytihar darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
7. SPRM gantung pemakaian baju oren bagi OKS dibawa ke mahkamah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.
8. RCI Tabung Haji: Madinah tegas sampaikan perspektif peribadi, bukan cabar sesiapa
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad menegaskan beliau tidak berniat mencabar mana-mana pihak berhubung kontroversi berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).
9. Malaysia dapat kebenaran Nepal, hantar pasukan SMART
Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal seawal 5 Sept ini, susulan kelulusan rasmi daripada Kerajaan Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.
10. Anugerah Merdeka 2026 iktiraf lapan penerima, Nicol David antara tokoh utama
Lapan individu dan organisasi menerima Anugerah Merdeka 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa dan berterusan mereka dalam memajukan negara serta meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia.