KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) belum cukup bertindak untuk menekan Israel supaya mengadakan perbincangan yang komprehensif dengan rakyat Palestin mengenai hak mereka untuk tinggal di negara Palestin yang merdeka.
Meskipun sukar mencari titik persamaan ke arah mencapai matlamat itu, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata penyelesaian dua negara adalah satu-satunya pilihan yang boleh dilaksanakan dalam menamatkan konflik Israel-Palestin yang sudah berlarutan sejak beberapa dekad.
"Tiada pilihan lain untuk membolehkan rakyat di Asia Barat itu untuk menikmati keamanan dan kestabilan melainkan pentadbiran Amerika memberi lebih tekanan kepada Israel," kata Walid ketika dihubungi Bernama berhubung kenyataan kurang memberangsangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengenai Penyelesaian Dua Negara.
Biden dalam satu sidang akhbar selepas bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas Jumaat lalu sempena lawatan sulungnya ke Asia Barat termasuk Israel dan Tebing Barat menegaskan meskipun AS kekal komited kepada Penyelesaian Dua Negara, tetapi matlamat itu "masih samar".
"Tetapi sekurang-kurangnya beliau (Biden) mencuba. Sekurang-kurangya beliau berjanji untuk mencuba meskipun pihak terbabit masih belum bersedia untuk duduk berbincang," katanya.
Rundingan damai antara Palestin dan Israel yang ditaja AS pada 2014 gagal kerana keengganan Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan dan membebaskan rakyat Palestin yang dipenjarakan sebelum 1993.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah memberi amaran kemungkinan kehilangan peluang untuk Penyelesaian Dua Negara dan menyeru para pemimpin dunia bertindak ke arah matlamat itu.
Walid menggesa masyarakat antarabangsa berlaku adil kepada rakyat Palestin kerana Barat pantas mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tetapi terus membisu mengenai kekejaman Israel di bumi Palestin.
"Rakyat Palestin telah menderita selama lebih tujuh dekad, dan kami telah menjadi mangsa dwistandard," katanya.
Presiden Palestin semasa pertemuannya dengan Biden telah menekankan asas serta syarat proses damai melalui pelaksanaan perjanjian yang ditandatangani dan resolusi antarabangsa untuk menamatkan pendudukan Israel di Palestin berdasarkan sempadan 1967.
Abbas juga menyeru AS untuk mengiktiraf Negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan meluluskan keahlian penuh Palestin dalam Perhimpunan Agung PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata penyelesaian dua negara adalah satu-satunya pilihan yang boleh dilaksanakan. - Bernama
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kesatuan Wartawan Palestin lancar kempen #WomenJournalistsWartime
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dihadapi wanita Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
Hari Solidariti Antarabangsa: Usaha Malaysia membela Palestin wajar dihargai
Malaysia terus menjadi antara negara paling lantang menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa.
Majlis Hukama' Al-Muslimin sambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan
Majlis Hukama' Al-Muslimin harap ia menjadi permulaan kepada kestabilan berkekalan di Lubnan.