TOKYO: Mahkamah Daerah Tokyo cawangan Tachikawa pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun kerana melakukan serangan menggunakan pisau dan membakar kereta api di Tokyo pada 2021.
Motif di sebalik serangan Kyota Hattori, seperti yang didedahkan oleh Hakim Ketua Yu Takeshita, adalah hasratnya untuk dihukum mati setelah bekas kekasihnya berkahwin dan penempatan tempat kerja baharu, telah mendorongnya untuk merancang bunuh diri, lapor Jiji Press.
Hakim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Hattori, melabelkannya sebagai "kejam dan menjijikkan," sambil menyatakan bahawa dia telah melakukan "jenayah atas kepentingan diri sendiri, menyasarkan nyawa ramai penumpang yang kebetulan berada di dalam kereta api yang sama."
Lelaki itu menghadapi pertuduhan cubaan membunuh 13 penumpang dalam serangan di kereta api Keio Line Keio Corp.
Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 25 tahun, manakala pihak pembelaan berhujah bahawa hukuman 12 tahun lebih sesuai memandangkan perbuatan membakar, tidak sama dengan cubaan membunuh.
Mahkamah mendapati bahawa Hattori turut bersalah menikam seorang lelaki sehingga mengancam nyawanya.
Insiden itu berlaku pada 31 Oktober 2021, kira-kira jam 7.55 malam, apabila Hattori cuba membunuh penumpang berusia 70-an dengan menggunakan pisau, seterusnya menyimbah petrol ke arah 10 penumpang lain, menyalakan pemetik api Zippo dengan niat untuk menyebabkan kematian, seperti dinyatakan dalam keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Motif di sebalik serangan Kyota Hattori adalah hasratnya untuk dihukum mati setelah bekas kekasihnya berkahwin dan penempatan tempat kerja baharu. - Foto AP
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Pesawat Japan Airlines terbakar: Malaysia zahirkan simpati dan ucap takziah
Menurut laporan, kesemua 379 penumpang dan krew penerbangan JAL 516, termasuk 8 kanak-kanak, berjaya diselamatkan, dengan sekurang-kurangnya 17 orang cedera.
Nahas JAL516: Pesawat Japan Airlines terbakar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo
Sebuah pesawat Japan Airlines dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran ketika ini.
Lawatan ke Jepun berjaya, tarik potensi pelaburan RM6.56 bilion - PM Anwar
Lawatan Perdana Menteri ke Jepun dianggap berjaya dan menggalakkan apabila nilai potensi pelaburan yang dibawa pulang berjumlah RM6.56 bilion.
AZEC: Kebersamaan semua negara, bantu percepat peralihan tenaga - PM Anwar
Malaysia menekankan kebersamaan semua negara dalam memainkan peranan lebih aktif berkaitan kerjasama dana hijau, insentif, fasilitasi teknologi dan infrastruktur.
PM Anwar bertemu ahli perniagaan, kapten industri Jepun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli perniagaan Jepun yang berlangsung di The Prince Park Tower Tokyo.
Sidang ASEAN-Jepun: PM akan bangkitkan isu perubahan iklim, perjanjian ekonomi, Palestin
Penyertaan Anwar bersama pemimpin ASEAN lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun dianggap sangat signifikan.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
Cuaca panas terik dijangka berterusan di Jepun
Agensi cuaca Jepun berkata cuaca panas terik dijangka berlaku di wilayah Jepun yang lebih luas pada Selasa, mendorong peningkatan suhu melebihi 35 darjah Celsius
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyerang kereta api Tokyo 2021 dihukum penjara 23 tahun
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki kerana melakukan serangan menggunakan pisau dan membakar kereta api di Tokyo pada 2021.