DUNIA
Penyerang sekolah Austria hantar video perpisahan kepada ibu sebelum serangan

Austria kini berkabung selama tiga hari bagi memperingati mangsa serangan tersebut. -Gambar fail/Reuters
GRAZ: Suspek serangan bersenjata di sebuah sekolah di Graz, Austria, pada Selasa dilapor menghantar video perpisahan kepada ibunya sebelum kejadian.
Ringkasan AI
- Suspek serangan bersenjata di sekolah Graz, Austria, menghantar video perpisahan kepada ibunya sebelum membunuh 10 mangsa dan menamatkan nyawanya sendiri; ibu hanya melihat mesej itu selepas serangan bermula.
- Lelaki berusia 21 tahun itu menggunakan senjata api yang dimiliki secara sah dan meninggalkan surat perpisahan serta bom paip yang tidak berfungsi di rumahnya; motif serangan masih belum diketahui.
- Austria berkabung selama tiga hari dan perdebatan mengenai undang-undang pemilikan senjata api kembali hangat, dengan siasatan sedang dijalankan sama ada suspek menyasarkan mangsa tertentu atau bertindak secara rambang.
Pihak berkuasa turut menemui surat perpisahan dan bom paip yang tidak berfungsi di kediaman suspek, namun motif serangan masih belum dapat dipastikan.
Antara mangsa yang terkorban termasuk seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kosovo dikenali sebagai Lea, yang dipercayai menjadi mangsa pertama.
Mangsa ke-10, seorang wanita, meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital malam tadi.
Austria kini berkabung selama tiga hari bagi memperingati mangsa serangan tersebut.
Sementara itu, perdebatan mengenai undang-undang pemilikan senjata api di Austria kembali hangat susulan insiden, dengan pihak berkuasa menyiasat sama ada suspek menyasarkan mangsa tertentu atau bertindak secara rambang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami