awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyumbang terbesar sampah sarap: Remaja ini tulis surat bidas Trump

Agensi
Agensi
14/07/2019
01:26 MYT
Penyumbang terbesar sampah sarap: Remaja ini tulis surat bidas Trump
Seorang remaja di Jawa Timur menulis surat kepada Presiden AS, Donald Trump selepas melihat negaranya menjadi salah sebuah lokasi sasaran pengumpulan sampah.
Seorang remaja di Jawa Timur, Indonesia terpanggil untuk menulis surat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selepas melihat negaranya menjadi salah sebuah lokasi sasaran pengumpulan sampah antarabangsa, lapor The Jakarta Post.
Aeshnina Azzahra, 12, dari Gresik di sini menulis tentang sungai di kawasan kediamannya yang kotor dan berbau selepas sisa buangan dilepaskan oleh kilang-kilang.
Menurut Aeshnina, dia terpaksa menulis surat kepada Trump selepas mendapati AS merupakan antara negara yang terbesar ‘menyumbangkan’ sampah sarap ke Indonesia.
Surat yang ditulis oleh seorang remaja, Aeshnina kepada Trump.
Surat yang ditulis oleh seorang remaja, Aeshnina kepada Trump.
“Kenapa anda selalu mengeksport sampah ke negara saya? Kenapa anda tidak menguruskan sampah anda sendiri?,” tulisnya di dalam surat itu.
Aeshnina selain itu turut menyertai tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh aktivis alam sekitar di hadapan konsulat AS di Surabaya, Jawa Timur pada Jumaat.
Katanya, sampah dari Amerika turut menyebabkan pencemaran laut di Indonesia yang seterusnya menjadi ancaman kepada haiwan marin.
Di dalam surat itu, remaja berkenan turut membayangkan kekecewaannya dan berharap agar keadaan negaranya akan kembali bersih seperti sedia kala.
Sementara itu, kumpulan aktivis penunjuk perasaan, The Brantas River Coalition (Bracsip) menyampaikan surat Aeshnina bersama dengan kenyataan mereka.
Penyelarasnya, Prigi Arisandi berkata, kumpulan berkenaan turut memberi semangat kepada penduduk di Jawa Timur untuk meluahkan rasa kecewa mereka bagaimana sampah yang diimport telah merosakkan kejiranan mereka.
Menurut Brascip, AS mengeksport sebanyak 150,186 tan kertas terpakai ke Indonesia pada 2018, dengana enam kali ganda jumlah yang sama pada tahun sebelumnya.
Jumlah eksport sampah meningkat dari semasa ke semasa mungkin disebabkan tawaran harga yang rendah di Indonesia berbanding dengan negara-negara lain.
Sebagai rekod, Jawa Timur terkenal sebagai hab untuk menghasilkan kertas dan kadbod yang mana majoriti penduduk kampung di Surabaya, Gresik dan Mojokerta bekerja mengasingkan sampah di syarikat-syarikat terlibat.
Bagaimanapun, mereka dilaporkan menerima kiriman sampah tanpa sistem yang teratur.
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#Bracsip
#Donald Trump
#Indonesia
#kitar semula
#remaja Indonesia
#sampah
#Surabaya
#The Brantas River Coalition
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan