awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan APEC lebih ketara dalam senario ketidaktentuan global - Menteri Korea Selatan

Bernama
Bernama
16/05/2025
02:50 MYT
Peranan APEC lebih ketara dalam senario ketidaktentuan global - Menteri Korea Selatan
KUALA LUMPUR: Rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi global dan landskap perdagangan, kata Menteri Perdagangan Korea Selatan Inkyo Cheong.
Beliau berkata kepentingan itu lebih ketara walaupun pada masa sama negara-negara anggota APEC berdepan cabaran bertindan yang memberi kesan ke atas landskap perdagangan global.
"Ketika perdagangan rentas sempadan dan rantaian bekalan terus berkembang, ketidakpastian yang semakin meningkat sebaliknya memberi tekanan kepada ekonomi global dan landskap perdagangan.
"Berdasarkan senario perdagangan global yang mencabar, peranan APEC telah menjadi semakin penting berbanding sebelum ini.
"Malah, inilah sebabnya dunia memberi perhatian terhadap mesyuarat Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT) bagi APEC kali ini," katanya dalam kenyataan bersempena mesyuarat itu di Jeju, Korea Selatan.
Sehubungan itu, sejajar dengan banyak cabaran yang membelenggu sistem perdagangan pelbagai hala, Cheong berkata hasil daripada mesyuarat itu akan turut ketara di serata dunia.
Mesyuarat yang menghimpunkan barisan menteri perdagangan mewakili 21 negara anggota APEC, dimulakan dengan gesaan kerjasama dan pemulihan kepercayaan dalam sistem perdagangan multilateral.
Cheong turut menekankan perbincangan di Jeju akan memberi tumpuan kepada pemulihan multilateralisme dan hala tuju ekonomi APEC untuk masa depan di bawah tema "Building a Sustainable Tomorrow - Connect, Innovate, Prosper".
Topik utama termasuk inovasi kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan perdagangan, masa depan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan sistem perdagangan multilateral serta cara untuk menggalakkan kemakmuran melalui perdagangan mampan.
"Perbincangan mengenai sistem perdagangan pelbagai hala, termasuk WTO, telah lama menjadi tumpuan mesyuarat MRT dan Ketua Pengarah WTO Dr Ngozi Okonjo-Iweala akan memperkenalkan topik untuk dibincangkan.
"Oleh kerana terdapat pelbagai pendapat mengenai peranan dan hala tuju WTO, saya teruja untuk mendengar semua pandangan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APEC
#mesyuarat MRT APEC
#menteri perdagangan
#Inkyo Cheong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami