Skip to main content

Dunia

Perancis haramkan telefon bimbit di sekolah menengah

61634966376_peganghandphone.jpg
Advertisement

ISTANBUL: Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata pada Isnin beliau sedang menggubal undang-undang yang melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah menengah  bermula tahun persekolahan baharu, lapor Anadolu Ajansi.

"Melindungi kanak-kanak daripada kesan berlebihan penggunaan skrin tidak boleh ditangguhkan lagi," kata Macron di platform X.

"Tanpa telefon di sekolah bermakna mengembalikan ketenangan dalam pembelajaran," katanya.

Jurucakap kerajaan Maud Bregeon berkata sebelum itu pada Isnin bahawa larangan itu boleh berkuat kuasa seawal permulaan tahun persekolahan baharu susulan keputusan Macron.

Undang-undang itu, yang bertujuan melindungi golongan bawah umur daripada risiko berkaitan media sosial, diluluskan pada 21 Julai.

 

 

 

Peruntukan utama undang-undang berkenaan yang bertujuan melarang penggunaan media sosial oleh individu bawah usia 15 tahun bagaimanapun disekat oleh Majlis Perlembagaan. 

Bregeon berkata larangan telefon bimbit di sekolah menengah tetap akan dilaksanakan berdasarkan kerangka undang-undang yang "stabil, dimuktamadkan dan berasaskan perundangan".

 

 

Perdana Menteri Sebastien Lecornu akan mengusahakan versi baharu peruntukan berkaitan media sosial dengan mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan Majlis Perlembagaan, katanya.

Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan kerangka perundangan yang disemak semula bagi melindungi kanak-kanak dan golongan muda menjelang musim bunga tahun depan, kata jurucakap itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement