Perancis bersetuju untuk menghulurkan bantuan dalam pembinaan semula Mali selepas tindakan ketenteraan di utara negara itu dikuatkuasakan bagi mengusir kumpulan pemberontak.

Antara bentuk bantuan termasuk mengembalikan kedaulatan di utara Mali dan memulihkan tapak-tapak kebudayaan yang rosak akibat serangan.

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, bagi tujuan itu bantuan tambahan akan diberikan kepada Mali disamping negara itu yang pernah dijajahnya.

Sebanyak 2 ribu manuskrip yang tidak terhingga harganya dibakar di Timbuktu yang juga merupakan tapak warisan Unesco yang dimusnahkan kumpulan pemberontak yang menguasai utara Mali.

Sementara itu, tentera Perancis katanya akan terus berada di Mali selagi perkhidmatan mereka diperlukan dan akan menyerahkan kawalan keselamatan kepada tentera Afrika selepas keadaan di Mali dipulihkan.

Pada masa ini, terdapat 3500 tentera Perancis, 2000 tentera Chad dan Niger di Mali.

Ketika Perancis melancarkan tindakan ketenteraan bagi mengusir pemberontak di Mali, sejumlah 6 ribu tentera turut dikerah untuk bertugas sebelum ini.