awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia

Bernama
Bernama
29/03/2017
02:00 MYT
Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia
Francois Hollande sebelum berlepas ke Indonesia bagi menamatkan lawatan negara dua hari ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi. --fotoBERNAMA
Presiden Perancis Francois Hollande berlepas dari sini untuk ke Jakarta malam tadi selepas mengakhiri lawatan negara selama dua hari ke Malaysia.
Presiden Perancis itu kelihatan berada di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Entulu Belaun, yang merupakan Menteri Pengiring semasa lawatan Hollande.
Dalam lawatannya, Hollande diiringi oleh menteri-menterinya, anggota parlimen, pegawai-pegawai dan delegasi perniagaan.
Lawatan negara oleh Hollande, yang tiba di Malaysia pada Isnin, merupakan sebahagian daripada lawatan sulung Presiden Perancis itu ke rantau ASEAN. Terdahulu beliau telah melawat Singapura.
Awal Selasa, Hollande dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermesyuarat di Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Hollande juga menyaksikan majlis menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) antara Perancis dan Malaysia. MoU yang ditandatangan adalah berkaitan tenaga, penjanaan tenaga suria dan sektor gas.
Najib menggambarkan mesyuarat itu sebagai "perbincangan yang produktif" dan lawatan itu akan mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan akrab antara Kuala Lumpur dan Paris.
Ini adalah lawatan negara kedua oleh Presiden Perancis ke Malaysia. Presiden Jacques Chirac melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 2003, lawatan yang dianggap sebagai peristiwa penting dalam hubungan dua hala Malaysia-Perancis.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Francois Hollande
#Najib Razak
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan