awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari

Bernama
Bernama
27/03/2017
14:46 MYT
Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari
Presiden Perancis, Francois Hollonde, diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun (kiri) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan), sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA malam ini.- Foto Bernama
Presiden Perancis Francois Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini untuk memulakan lawatan negara dua hari di Malaysia.
Ketibaan Hollande dengan jet peribadi pada kira-kira 8.25 malam ini, disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun selaku Menteri Pengiring dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Presiden Perancis itu diberikan sambutan permaidani merah dan turut memeriksa barisan kawalan kehormat oleh Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Hollande dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib dan Hollande akan mengimbas semula hubungan dua hala selain membincangkan peluang kerjasama dalam bidang-bidang lain, menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman untuk mempereratkan lagi kerjasama dua hala dan ekonomi antara Malaysia dan Perancis, menurutnya.
Ini merupakan lawatan kedua oleh Presiden Perancis ke Malaysia.
Presiden Jacques Chirac telah mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada Julai 2003, lawatan yang disifatkan sebagai amat penting dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Perancis.
"Diharapkan lawatan Presiden Hollande akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara," menurut Wisma Putra. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Francois Hollande
#lawatan rasmi
#Presiden Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan