PERANCIS dan Jerman menggesa sempadan Kesatuan Eropah (EU) diperketat susulan serangan keganasan yang berlaku di Paris, Nice dan Vienna dalam masa sebulan.
Beberapa serangan itu membawa kembali perhatian EU terhadap pelampau agama yang sebelum ini reda selepas kekalahan Daesh pada tahun 2017 di Asia Barat.
Gesaan yang dibuat dalam mesyuarat blok EU itu disertai pemimpin Perancis, Austria dan Jerman bagi membincangkan strategi anti-keganasan secara kolektif, pada Selasa.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel bertegas, peraturan mengenai perjalanan bebas kawalan ke sempadan terbuka perlu diperhalusi.
Serangan di Nice dan Vienna melibatkan penyerang yang bergerak bebas antara zon tanpa passport.
Kata Macron, ancaman keganasan semakin membimbangkan di Eropah dan tindak balas segera perlu diambil.
Merkel dalam pada itu turut senada dengan Macron.
Beliau menuntut kawalan yang lebih ketat di sepanjang perbatasan luar kawasan zon tanpa pasport, yang menyatukan 26 negara, termasuk kebanyakan anggota EU serta Iceland, Norway, Switzerland dan Liechtenstein.
Sementara itu, Canselor Austria Sebastian Kurz menggesa rancangan yang lebih berkoordinasi untuk tangani militan asing sementara Perdana Menteri Belanda Mark Rutte menekankan untuk menghentikan pembiayaan asing tidak diingini sebagai pelan jangka panjang mengatasi ekstremisme.
Idea lain termasuk mengenakan tuntutan yang lebih ketat terhadap platform dalam talian bagi memerangi ekstremisme, menubuhkan sebuah institusi khas Eropah untuk melatih para imam dan pengusiran individu pendatang asing tanpa izin serta penjenayah disyaki pelampau.
Astro Awani
Wed Nov 11 2020

Serangan di Nice dan Vienna melibatkan penyerang yang bergerak bebas antara zon tanpa passport. - Gambar fail

Jadikan dana awam pembiayaan politik sebagai undang-undang negara
Salah seorang panelis, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berpendapat, parti politik itu sendiri perlu mengambil inisiatif dalam meyakinkan pembayar cukai untuk tujuan berkenaan. Lazimnya, jelas beliau lagi, pembayar cukai perlu mengetahui sejauh mana ketelusan parti politik menguruskan wang, supaya ia tidak disalah guna bagi tujuan korup.

China perketat langkah disinfeksi, jamin keselamatan makanan import
China mengambil langkah memperketatkan proses disinfeksi produk makanan importnya bermula dari peringkat kastam sehingga ke rak pasar raya. Walaupun virus COVID-19 yang dikesan mungkin yang sudah tidak aktif dan tidak dapat menjangkiti individu, namun ia adalah sebagai langkah keselamatan tambahan.

Politik | Polisi awam berkaitan dana politik diperlukan
Satu polisi awam yang khusus berkaitan dana pembiayaan politik diperlukan untuk mengelakkan kebergantungan kepada dana asing. Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, dana asing merupakan satu bentuk ancaman kepada negara kerana berpotensi menjejaskan integriti.

Penduduk di komuniti lama Beijing nikmati naiktaraf infrastruktur
Penduduk bandar lama Beijing di Tianqiaowan yang dibina pada tahun 1995 kini menikmati hidup yang lebih baik dengan pelbagai naik taraf infrastruktur dilakukan. Ia selaras degan usaha untuk menjadikan ia sebagai pusat pentarbiran baharu Beijing.

COVID-19 | Austria wajibkan pemakaian pelitup muka jenis FFP2
Kerajaan austria mewajibkan pemakaian pelitup muka medikal jenis FFP2 di kedai dan pengangkutan awam dalam langkah terbarunya untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Ini kerana topeng itu dikatakan mempunyai penapis yang lebih baik berbanding pelitup muka jenis kain.

Dilahirkan atas perahu semasa banjir, bayi dinamakan Siti Noor Banjiriah
Ibu bayi berkenaan melahirkannya ketika berada di atas bot sewaktu paras air naik dan menenggelamkan beberapa wilayah di Kalimantan Selatan.

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-jung meninggal dunia, sebab kematian tidak didedah
Song memulakan kariernya sebagai model jenama kosmetik sebelum beralih ke bidang lakonan pada tahun 2013.

COVID-19 | Kerajaan gagal kawal COVID-19 - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana gagal mengawal COVID-19 di Malaysia.

COVID-19 | KKM jangka PKP hanya empat minggu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja.

PdPR | Lima beradik berebut telefon pintar ikuti pembelajaran
Lima beradik di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu, Kelantan terpaksa berebut telefon pintar milik ibunya hampir setiap hari bagi memastikan mereka tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak terkena sakit jantung seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.

Ikon televisyen, Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun
Berita kematian ikon televisyen itu disahkan oleh satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri pada Sabtu.

Dewan Perwakilan boleh hantar pertuduhan terhadap Trump ke Senat seawal hari ini
Ia akan menentukan nasib Trump sama ada masih layak bertanding sebagai presiden di masa akan datang.

Anggota polis terbunuh dalam letupan di Afghanistan
Anggota yang cedera itu merupakan Timbalan Ketua Polis Bandar Kabul, Mawlana Bayan.

Waspada aktiviti di air, elak bertembung dengan sang buaya! - JBPM Sarawak
Penurunan aktiviti air melibatkan operasi perkapalan, feri dan nelayan secara semula jadi mendorong buaya untuk kembali aktif.

Pendakwaan Trump dijangka berlangsung Rabu depan
Trump didakwa memainkan peranan mencetuskan rusuhan di Capitol hinga mengorbankan lima nyawa.

Pendakwaan Trump: Tiada siapa mengatasi undang-undang - Penganalisis
Menurut Felo ISIS ini, pendakwaan kali kedua terhadap Trump menunjukkan tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.

Cheney undi untuk dakwa Trump
Perwakilan AS Liz Cheney, yang memegang jawatan tinggi dalam kepemimpinan Republik di Dewan Perwakilan, pada Selasa menyatakan memilih untuk mendakwa Presiden Donald Trump.

Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini
Guru agama ekstrem dari Indonesia, Abu Bakar Bashir, yang didakwa bersalah mendalangi serangan bom di Bali dibebaskan hari ini.