awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis rekod cuaca paling panas pada September

Bernama
Bernama
30/09/2023
04:28 MYT
Perancis rekod cuaca paling panas pada September
Episod gelombang haba yang berlaku dari 3 hingga 11 Sept seperti yang dilaporkan oleh Meteo France, tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan suhu melebihi norma bermusim sebanyak empat hingga enam Celsius. -Gambar fail/AP
PARIS: Institut Meteorologi Perancis pada Jumaat mengumumkan September merupakan bulan paling panas pernah direkodkan di negara itu, dengan purata suhu jauh melebihi normal.
Ia berlaku selepas musim panas yang luar biasa, keempat paling panas sejak permulaan pengukuran iklim pada tahun 1900, lapor Agensi Anadolu.
Purata suhu pada September 2023 mencatatkan 21.5 Celsius, peningkatan purata 3.6 Celsius melebihi norma bermusim yang direkodkan antara 1991 dan 2020.
"Hanya dua bulan berakhir dengan anomali suhu panas seperti itu: Februari 1990 (+4.0 Celsius ) dan Ogos 2003 (+3.7 Celsius).
"September 1949 berakhir dengan sisihan +2.7 Celsius daripada normal dan September 1961 dengan +2.4 Celsius," menurut Meteo France.
Episod gelombang haba yang berlaku dari 3 hingga 11 Sept seperti yang dilaporkan oleh Meteo France, tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan suhu melebihi norma bermusim sebanyak empat hingga enam Celsius di hampir kesemua wilayah di Perancis.
Agensi itu meletakkan 14 jabatan di bawah amaran gelombang haba jingga pada 7 Sept, kali pertama berlaku selepas musim panas sejak pelaksanaan pelan amaran gelombang haba pada 2004.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#cuaca panas
#permulaan pengukuran iklim
#celsius
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan