awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis rekod hampir 400 lebihan kematian akibat gelombang haba pada Ogos

Bernama
Bernama
14/09/2023
04:20 MYT
Perancis rekod hampir 400 lebihan kematian akibat gelombang haba pada Ogos
Gelombang haba ketiga pada musim panas berlaku dari 11 hingga 26 Ogos di Perancis, dan menjejaskan 52 daripada 96 jabatan utama negara itu, di mana 46.3 peratus penduduk tinggal. - Gambar hiasan
GENEVA: Perancis mencatatkan hampir 400 lebihan kematian semasa gelombang haba pada Ogos, kata agensi kesihatan awam negara itu pada Rabu.
Penduduk berumur 75 tahun ke atas paling teruk terjejas, Agensi Anadolu melaporkan agensi itu sebagai berkata dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun tiada kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kematian telah dilaporkan dalam tempoh tersebut.
Gelombang haba ketiga pada musim panas berlaku dari 11 hingga 26 Ogos di Perancis, dan menjejaskan 52 daripada 96 jabatan utama negara itu, di mana 46.3 peratus penduduk tinggal.
Lebihan kematian ditakrifkan sebagai perbezaan antara bilangan kematian yang diperhatikan dalam tempoh masa tertentu dan jangkaan bilangan kematian dalam tempoh masa yang sama.
--BERNAMA-AGENSI ANADOLU
Topic Berkaitan
#Perancis
#gelombang haba
#angka kematian
#Ogos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan