Skip to main content

Dunia

Perancis tetapkan April, Mei 2027 tarikh pilihan raya presiden

French Government Spokesperson Maud Bregeon speaks during the questions to the government session at the National Assembly in Paris, France, June 30, 2026. REUTERS/Alice Sacco
Jurucakap kerajaan Perancis Maud Bregeon menolak tanggapan bahawa keputusan itu bermotifkan politik, dengan berkata jadual berkenaan ditetapkan selepas berunding dengan parti-parti politik dan berdasarkan keperluan perlembagaan. - Foto REUTERS/Alice Sacco
Advertisement

ISTANBUL: Perancis menetapkan tarikh pilihan raya presiden negara itu pada 18 April dan 2 Mei 2027, yang disahkan kerajaan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap kerajaan Maud Bregeon menolak tanggapan bahawa keputusan itu bermotifkan politik, dengan berkata jadual berkenaan ditetapkan selepas berunding dengan parti-parti politik dan berdasarkan keperluan perlembagaan.

Pusingan kedua, jika perlu -- iaitu jika tiada calon memperoleh majoriti pada pusingan pertama -- akan diadakan sehari selepas demonstrasi Hari Pekerja Antarabangsa pada 1 Mei, satu pemilihan masa yang mengundang kritikan politik.

Tokoh pembangkang mempersoalkan pemilihan tarikh itu, termasuk Bruno Retailleau, yang menyifatkan kalendar berkenaan sebagai “tidak neutral” dan mencadangkan ia mungkin mencerminkan strategi politik yang lebih luas.

Kerajaan menolak dakwaan itu, dengan berkata peraturan pilihan raya terpakai secara seragam dan akan dikuatkuasakan seperti biasa sepanjang tempoh kempen.

“Semua orang tahu cara menguruskan 1 Mei sebelum dan selepas pilihan raya presiden,” kata jurucakap itu.

Bregeon turut menegaskan bahawa garis masa itu mencerminkan “semua kekangan sedia ada” dan dipersetujui selepas berunding dengan semua kuasa politik.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement