awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon 'Kung Fu Hustle' Bruce Leung meninggal dunia
Rapid On-Demand laksana kadar tambang tetap RM2 mulai 1 Februari
Bekas penolong pegawai Mara hadapi 25 pertuduhan pecah amanah wang bayaran pinjaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang, AI, ugut. Tiga masalah dunia, WEF kata dialoglah

Najib Aroff
Najib Aroff
19/01/2026
03:40 MYT
Perang, AI, ugut. Tiga masalah dunia, WEF kata dialoglah
WEF menekankan bahawa dialog tidak lagi boleh berhenti pada perbincangan semata-mata ia mesti diterjemahkan kepada tindakan.
DAVOS: Tidak perlu pun jadi pakar ekonomi untuk sedar bahawa dunia hari ini sedang berpecah.
Cukup sekadar membaca berita setiap hari tentang perang, tarif, sekatan perdagangan dan pertelingkahan diplomatik kita sudah nampak bagaimana kerjasama antara negara, termasuk sekutu lama, semakin rapuh dan penuh curiga.
Dalam suasana inilah World Economic Forum (WEF) 2026 membuka tirainya di Davos Switzerland.
Dunia kini berdepan ancaman berlapis: persaingan geoekonomi yang semakin agresif, ketegangan geopolitik yang berpanjangan, serta kemajuan teknologi yang bergerak jauh lebih pantas daripada kemampuan banyak negara untuk mengawal dan mentadbirnya.
Sehari sebelum WEF 2026 bermula, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengumumkan tarif baharu.
Kali ini, Kesatuan Eropah menjadi sasaran berikutan usaha menghalang Amerika Syarikat daripada ‘membeli’ Greenland.
Tidak lama sebelum itu, Trump turut mengumumkan tarif 25 peratus terhadap rakan dagang Iran langkah yang masih kabur dari segi pelaksanaan, tetapi jika menelusuri sejarah kepimpinan Trump 1.0 dan pendekatan terkininya, mesejnya jelas: tekanan terhadap China kekal sebagai sasaran utama.
Eropah pula tidak pernah sunyi daripada cabaran.
Perang di Ukraine masih berlarutan dan kesannya jauh melangkaui dua negara yang bertelagah.
Hakikatnya, ia telah menjadi konflik antara Rusia dan Eropah secara keseluruhan.
Sejak perang tercetus, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy hampir tidak pernah gagal hadir ke WEF, membawa bersama kisah penderitaan rakyatnya ke pentas global.
Rusia pula terus dipulau, meskipun terdapat kehadiran delegasi dalam kapasiti terhad.
Di Asia Tenggara, negara-negara membangun kini berjalan di atas tali yang semakin nipis.
Rantau ini perlu berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam kancah berat sebelah kuasa besar.
Dalam dunia yang semakin terpolarisasi, kekal berkecuali bukanlah tugas yang mudah apatah lagi apabila tekanan ekonomi dan geopolitik datang serentak.
Tidak hairanlah WEF 2026 mengangkat tema “Semangat Dialog.”
Dialog sememangnya menjadi nadi forum ini setiap tahun, tetapi kali ini nadanya berbeza.
WEF menekankan bahawa dialog tidak lagi boleh berhenti pada perbincangan semata-mata ia mesti diterjemahkan kepada tindakan.
Namun persoalannya, tindakan yang bagaimana? Bertindak secara bersendirian ketika dunia semakin berpecah? Atau mencari bentuk kebersamaan baharu yang lebih realistik dalam landskap global hari ini?
Adakah dunia sedang menuju ke arah kestabilan baharu atau sebenarnya sedang meluncur ke dalam kitaran krisis yang lebih mendalam?
Laporan-laporan utama WEF termasuk Chief Economists’ Outlook, Global Cooperation Barometer dan Global Risks Report memberikan satu gambaran yang konsisten.
Dunia kini beroperasi di bawah tekanan struktural yang berlapis, dengan risiko global yang saling berkait dan semakin sukar ditangani secara berasingan.
Pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana dan tidak seimbang, dibayangi beban hutang, ketegangan perdagangan dan ketidakstabilan geopolitik.
Dalam masa yang sama, kecerdasan buatan dan teknologi digital menjanjikan lonjakan produktiviti.
Namun janji ini datang bersama risiko - gangguan pasaran pekerjaan, jurang kemahiran yang melebar, serta persoalan besar tentang tadbir urus dan etika teknologi yang masih belum terjawab sepenuhnya.
Maka, kembali kepada persoalan asas: mampukah dialog menjadi jawapan?
Berdasarkan realiti yang digariskan oleh laporan-laporan ini, dialog yang bermakna, berterusan dan disertai tindakan nyata mungkin bukan penyelesaian yang mudah tetapi dalam dunia yang semakin berpecah, ia kekal sebagai satu-satunya jalan yang masih munasabah untuk mengelakkan krisis menjadi norma baharu.
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#WEF2026
#Switzerland
#Forum Ekonomi Dunia
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan