awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: Dua koridor kemanusiaan dibuka

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2023
00:45 MYT
Perang Palestin-Israel: Dua koridor kemanusiaan dibuka
Rakyat Palestin menerima bantuan makanan di Rafah. - Foto AP
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengesahkan bahawa dua koridor kemanusiaan telah dibuka.
Ia bagi membolehkan pembebasan orang awam dan kemasukan bantuan kemanusian di utara Gaza.
Timbalan jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel berkata koridor tersebut bakal dibuka empat hingga lima jam setiap hari dan menyasarkan ribuan individu mendapatkan perlindungan di kawasan lain terutama di bahagian selatan.
"Akan ada dua koridor kemanusiaan yang membolehkan orang ramai melarikan diri dari kawasan permusuhan di bahagian utara Gaza, koridor pertama seperti itu dibuka antara empat dan lima jam dan setiap hari.
"Laluan kedua di sepanjang jalan pantai akan membolehkan ribuan lagi untuk sampai ke kawasan yang lebih selamat di selatan.
"Sudah tentu, kami terus bekerjasama rapat dengan rakan kongsi Israel kami untuk menangani dan terus berwaspada tentang usaha Hamas untuk menghalang dan menghalang orang awam daripada melarikan diri dari kawasan ini," katanya.
Tambahnya, pergerakan orang awam dari kawasan konflik itu juga seiring dengan peningkatan kemasukan bantuan kemanusian yang diperlukan menerusi lintasan Rafah.
Sementara itu, Israel bersetuju untuk menghentikan operasi ketenteraan di bahagian utara Gaza selama empat jam sehari bermula Khamis.
[LAPOR LANGSUNG] Israel akan mulakan 'penghentian serangan' 4 jam di Gaza
Ia sekali gus membuka ruang kepada penghentian pepernagan dalam lebih sebulan pertempuran yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa dan mencetuskan kebimbangan serantau.
Topic Berkaitan
#koridor kemanusiaan
#Gaza
#Israel
#pembebasan orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan